Ahmad Faizal dakwa Anwar mungkin bimbang ditolak pengundi Port Dickson

August 12, 2022 · Politik

Pelbagai persoalan timbul selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk menukar kawasa Parlimen yang ditandinginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Anwar baru-baru ini tidak menolak untuk berpindah bertanding di kawasan Parlimen selain Port Dickson yang dimenanginya sebelum ini, malah secara terbuka memberitahu niatnya untuk bertanding di Parlimen Tambun.

Jika menjadi kenyataan hasrat Anwar itu, berkemungkinan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bakal berdepan cabaran hebat kerana lawannya itu berstatus Presiden PKR dan juga Ketua Pembangkang.

Anwar masih dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri (PM), jadi tidak hairan kerusi Parlimen yang disasarnya perlu juga dilihat relevan dengan hajatnya yang sejak sekian lama mahu memegang kuasa nombor satu di Putrajaya.

Susulan pengumuman tersebut, Ahmad Faizal memberi maklum balas dengan tidak menolak Anwar sebenarnya takut kalah untuk mengekalkan kerusinya di Port Dickson memandangkan kegagalannya untuk menjadi PM.

“Mungkin mereka (PKR) berpandangan bahawa Permatang Pauh dan Port Dickson telah membangun dengan amat hebat, tiada lagi masalah rakyat yang perlu dibantu,” katanya sinis.

“Ataupun, beliau bimbang ditolak di tempat sendiri maka pilihan yang lebih selamat adalah dengan menjadi ahli parlimen nomad (berpindah- randah),” katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun (MP) dipetik laporan Malaysiakini.

Anwar sebelum ini menjadi MP Permatang Pauh sejak tahun 1982 sehingga 1995 sebelum hilang kelayakan apabila disabitkan dengan tuduhan salah guna kuasa pada 1999.

Kemudiaan, Anwar memenangi semula kerusi tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 2008 dan mempertahankannya pada PRU 2013 sebelum hilang kelayakan kali kedua kerana kes liwat II.

Pada Oktober 2018, Anwar kembali semula ke arena politik dan memenangi kerusi parlimen Port Dickson menerusi PRK.

Semasa kempen PRK Port Dickson lalu, Anwar diletak sebagai calon atas alasan kononnya bakal dilantik sebagai pengganti kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapat majoriti daripada MP untuk menjadi PM selepas krisis politik yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM Kelapan.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
4 jam lalu· Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
8 jam lalu· Politik
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
15 jam lalu· Isu semasa
PAC lawat tapak bina LCS esok
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
8 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
11 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
12 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
12 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
13 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok