Ahli UMNO lapor polis Zahid berkonspirasi jatuhkan Kerajaan Malaysia, tipu Agong

July 7, 2021 · Politik

Seorang ahli UMNO membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat sama ada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan kesalahan dalam konspirasi menjatuhkan Kerajaan Malaysia.

Laporan di Balai Polis Nilai jam 10.37 pagi tadi juga dibuat supaya polis menyiasat sama ada Zahid telah menipu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah, ketika pertemuan dengan baginda.

Menurut salinan laporan polis yang dilihat Agenda Daily, pengadu mendakwa beliau terbaca satu artikel di dalam portal Astro Awani bertajuk ‘Dalam mesyuarat semalam, Zahid mengaku itu suaranya’, ketika berada di rumahnya di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Pengadu berkata artikel tersebut melaporkan pengakuan Zahid bahawa suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah suaranya.

Katanya, artikel berkenaan memetik sumber Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu Zahid membuat pengakuan itu ketika pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan malam Isnin.

Dalam laporan sama, pengadu berkata beliau turut terbaca satu lagi laporan yang mendedahkan ‘verbatim’ percakapan Zahid dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah.

Verbatim itu menyatakan:

Kedua Tuanku, UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin. Ini bukan sahaja keputusan pada perhimpunan agung tetapi Majlis Tertinggi yang patik pengerusikan pada 25 April yang lalu. Patik jelaskan sedikit Tuanku dalam perkara kedua ini. Majlis Tertinggi memutuskan bahawa tarikh akhir untuk UMNO tarik diri daripada Perikatan Nasional ini adalah pada 1 Ogos. Sama ada Darurat diteruskan ataupun ditamatkan sebelum itu tetapi itu adalah tarikh akhir. Semua Menteri berjanji dan berikrar letak jawatan daripada kerajaan. Timbalan Menteri, Pengerusi GLC dan semua ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan. Kalau ada sesuatu yang berlaku sebelum 1 Ogos, maka tarikh penarikan itu berkuat kuasa daripada tarikh yang akan diputuskan oleh Majlis Tertiggi. Bermakna could be earlier than 1st of August…

Pengadu berkata beliau membuat laporan bagi meminta pihak polis menyiasat kenyataan Zahid sebelum ini yang menafikan pembabitannya di dalam audio yang tular selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

“Kenyataan ketika itu telah menimbulkan kekeliruan kepada ahli UMNO seperti saya dan membuatkan saya rasa tertipu dengan Zahid,” kata pengadu.

Selain itu katanya laporan polis juga dibuat untuk meminta polis menyiasat dua perkara iaitu sama ada Zahid telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana sejak terdedahnya artikel tersebut tidak terdapat tanda-tanda bahawa apa yang didakwanya seperti di dalam verbatim akan menjadi kenyataan.

Kedua adalah sama ada Zahid telah melakukan kesalahan dengan pembabitannya di dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia yang boleh menganggu-gugat keamanan rakyat Malaysia secara amnya.

April lalu, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) pada Mac lalu.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Semalam Agenda Daily turut memetik laporan Astro Awani berhubung pendedahan sumber yang memberitahu Zahid membuat pengakuan itu dihadapan MP UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa pertemuan yang berlangsung selama lebih dua jam itu, yang sekali gus mengesahkan ketulenan klip audio berkenaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz berkata kini terbukti Zahid berpakat dengan Anwar dan DAP selepas pendedahan pengakuannya ketika pertemuan dengan MP UMNO dan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini di Wisma Perwira.

“Semasa dia bertemu MP UMNO dan BN dia dah buat pengakuan, sebenarnya saya sudah tahu lama lagi dia ini penipu… Ini terbukti dia penipu, tindakan perlu diambil terhadap Zahid susulan pengakuan terbaharu ini,” kata Nazri yang merujuk kepada laporan media berhubung pengakuan tersebut.

Nazri menyifatkan pengakuan tersebut adalah bukti jelas Zahid sendiri melanggar ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 dan tindakan boleh diambil terhadapnya kerana membelakangi keputusan badan tertinggi itu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok