Ahli Parlimen tak sebulu dengan Presiden, adakah dicalonkan semula?

October 12, 2022 · Politik

Teka-teki berhubung nasib beberapa Ahli Parlimen (MP) yang tidak sebulu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi persoalan ramai, adakah mereka kekal menjadi calon di kerusi-kerusi yang disandang sebelum ini?

Zahid sebelum ini dikritik hebat MP UMNO yang tidak sependapat dengan beliau, malah ia bermula sejak penularan rakaman klip audio dengan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendedahan surat tular dihantar ke Istana Negara sebelum ini.

Kritikan keras sebelum ini dihambur terhadap Zahid kerana percaturan politiknya yang dilihat membelakangi parti, namun keadaan sekarang sudah berbeza memandangkan kuasa menandatangani watikah dimilikinya boleh menentukan masa depan seseorang dalam UMNO.

Sudah pastinya, pemimpin UMNO sebelum ini yang lantang terhadap Zahid akan ‘kecut telor’ mereka kerana berdepan risiko tidak dicalonkan semula.

Beberapa nama penyandang kerusi Parlimen berisiko tidak dicalonkan semula, antaranya Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Ketua Bahagian UMNO Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ketua Bahagian UMNO Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman serta beberapa lagi pemimpin dalam kalangan jemaah Kabinet.

Adakah Zahid mudah melupakan kritikan yang dibuat terhadap dirinya sebelum ini atau membalas tindakan mereka dengan tidak mencalonkan semula pada pilihan raya nanti?

Mengulas perkara itu, Pe­ngerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, tanpa menyebut mana-mana nama mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO hendaklah berjiwa besar untuk kembali semula kepada parti bagi mengelakkan polemik lebih besar.

Katanya, soal itu termasuklah akur untuk menerima sebarang keputusan sama ada dicalon atau tidak.

Jelas beliau, mereka di­ingatkan tidak menjadi orang tengah atau ejen kepada mana-mana parti lawan kerana BN dan UMNO telah memutuskan untuk bergerak dalam menghadapi PRU-15.

“Mana-mana pemimpin yang lari daripada perjuangan parti kena kembali ke pangkal jalan seterusnya memperkukuhkan kembali perpaduan. Kita kena setia terhadap keputusan parti.

“Kita sebenarnya nak hadapi pilihan raya, tetapi sesama ahli kenalah erat perpaduan de­ngan fokus menyerang persepsi dimainkan parti lawan, bukannya tembak-menembak antara satu sama lain,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Walaupun Zahid sebelum ini pernah menjelaskan kriteria calon UMNO ditentukan mengikut kriteria ‘Wali’ iaitu merujuk kepada memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable), di samping menegaskan tidak ditentukan mengikut kluster tertentu.

Namun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu pernah menegaskan pembersihan bagi menghapuskan ‘musuh dalam selimut’ dalam parti perlu dilakukan segera. Tanpa menjelaskan secara terperinci musuh dalam selimut itu, beliau itu berkata, BN tidak mahu wujud ‘musang dalam reban ayam’ dan ia mesti dikeluarkan segera.

Namun akhirnya terserah kepada kebijaksanaan ‘top five’ untuk memperhalusi calon-calon PRU-15 yang boleh memberi kemenangan kepada BN khusus­nya UMNO di samping tidak mengugat perpaduan akar umbi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu· Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok