Ahli Parlimen dan ADUN PAS kekal jadi calon PRU-15

July 30, 2022 · Politik

PAS akan mengekalkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menunjukkan prestasi cemerlang, sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hal ini kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan kekuatan parti itu, lapor Bernama.

“Mengenai pemilihan calon baharu pula, PAS Pusat akan menerima cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri sebelum nama mereka dimuktamadkan.

“Namun, pemilihan calon baharu yang bakal bertanding ini masih terlalu awal untuk diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pasir Puteh dekat Tok Bali, di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata pihaknya ketika ini sedang membuat penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sekarang ini kita sedang menyusun KPI dari segi kemampuan jentera, kekuatan cawangan dan keahlian supaya persediaan rapi dapat dilakukan ketika berdepan PRU15,” katanya.

Pada PRU-14, PAS memenangi 18 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
18 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok