Ahli mahukan PKR kembali ke landasan reformasi sebenar: Rafizi

May 30, 2022 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menyifatkan kemenangannya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR adalah kerana ahli berharap perjuangan parti itu dikembalikan ke landasan reformasi sebenar.

Beliau yang mengatasi pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Pemilihan PKR 2022 berkata tidak pernah ada calon timbalan presiden yang mendapat mandat sebegitu besar dalam sejarah pemilihan parti itu.

“Selain dari undi popular hampir 60 peratus, lebih 80 peratus dari semua cabang di seluruh negara telah meletakkan amanah sebagai Timbalan Presiden kepada saya.

“Saya tahu ia bukanlah sebab anggota akar umbi PKR lebih sukakan saya berbanding Saifuddin. Saya tahu saya hanya seorang anggota biasa yang tidak berjawatan dan saya banyak kelemahan sendiri.

“Anggota akar umbi PKR memberikan mandat sebegitu besar kepada seorang anggota biasa yang tidak berjawatan kerana mereka mahu parti ini kembali kepada landasan reformasi yang membentuk parti,” katanya dalam kenyataan pertama hari ini (23 Mei) setelah keputusan tidak rasmi pemilihan itu dikeluarkan semalam.

Dalam keputusan tidak rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) semalam, Rafizi memperoleh 68,992 undi.

“Saya faham bahawa seperti mana mereka memberi mandat kepada saya, mereka juga boleh menarik mandat itu sekiranya keputusan dan tindak tanduk saya selepas ini tidak mencerminkan aspirasi mereka.

“Begitulah resam dalam ketuanan rakyat yang kita bawa selama ini. Kuasa itu datang dari rakyat dan setiap yang berniat untuk mencebur diri dalam politik wajiblah sentiasa mengingatinya,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ahli PKR yang telah mempamerkan kematangan dalam pemilihan kali ini, dan berharap semua pihak berlapang dada menerima keputusan ahli.

Rafizi turut berterima kasih kepada Saifuddin yang telah mengucapkan tahniah atas kemenangannya sebelum keputusan tidak rasmi dikeluarkan.

“Saya juga akan menguruskan perjumpaan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kadar yang segera untuk memulakan urusan persediaan menghadapi PRU-15,” katanya.

Berita berkaitan
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
21 jam lalu· Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022· Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
July 2, 2022· Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022· Politik
Popular
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
July 3, 2022
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
July 3, 2022
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Parti akan bincang guna lambang PN, kata Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
11 jam lalu · Politik
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
12 jam lalu · Politik
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
12 jam lalu · Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok