Ahli Bersatu Padang Terap tak ikut Ketua Bahagian keluar parti, kekal berjuang

October 24, 2022 · Politik

Dakwaan bekas Ketua Bahagian (KB), Datuk Syed Sobri Syed Hashim semua ahli keluar parti mengikut jejaknya disangkal Bersatu Padang Terap hari ini.

Timbalan KB Bersatu Padang Terap, Mohd Zharif Mohd Zohdi yang secara automatik dilantik pengganti selepas Syed Sobri meletak jawatan pada hari ini dalam satu sidang media menafikan dakwaan ahli parti itu meninggalkan parti seperti didakwa oleh bekas ketua mereka tersebut.

“Kami ingin tegaskan di sini bahawa, walaupun Ketua Bahagian telah meletakkan jawatan dan keluar parti, namun kedudukan BERSATU Pdg Terap tidak sedikit pun terjejas,” katanya dalam sidang media tersebut.

Menurut Mohd Zharif, langkah dibuat oleh Syed Sobri tersebut adalah keputusan peribadinya dan tidak ada kena mengena melibatkan ahli Bersatu Padang Terap.

“Keputusan meletakkan jawatan dan keluar parti tersebut adalah keputusan pribadi beliau sendiri, dan tidak mewakili kami Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Padang Terap.

“Keputusan yang beliau buat telah pun kami jangkakan, berdasarkan beberapa perkara yang tidak dapat kami dedahkan di sini, dan termasuk beberapa tindakan beliau yang lebih mengutamakan pribadi daripada parti,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, tindakan Syed Sobri tersebut tidak menjejaskan perjalanan parti tersebut, malah akan memperkukuhkan lagi jentera parti tersebut.

“Perjalanan Bersatu Padang Terap tetap lancar seperti biasa, malah kami percaya ianya akan menguatkan lagi solidariti kami AJK Bahagian, Sayap Srikandi Bahagian, Sayap Armada Bahagian dan ahli-ahli akar umbi,” katanya lagi.

Terdahulu, Syed Sobri mengumumkan keputusannya keluar parti dan menyatakan sokongan kepada UMNO.

Syed Sobri merupakan KB Bersatu Padang Terap dan sebelum ini keluar UMNO untuk menyertai Bersatu, bagaimanapun disebabkan tiada peruntukan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang semasa berada dalam UMNO itu mengambil keputusan untuk keluar parti sekali lagi.

Beliau mendakwa seramai 1,000 ahli parti bahagian itu dan empat ketua serta ahli jawatankuasa (AJK) beberapa cawangan di Padang Terap turut mengambil tindakan sama.

“Keputusan ini dibuat atas kerelaan tanpa paksaan atau habuan pihak tertentu, ini bukan sebab pilihan raya atau gila jawatan.

“Saya pernah jadi ADUN Kuala Nerang ketika masih bersama Barisan Nasional (BN) bermula 2008 hingga 2013, selain memegang jawatan Ketua Bahagian Bersatu,” katanya dipetik laporan BH.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
50 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
6 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
14 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok