Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3

November 23, 2022 · Politik

Hanya tiga pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) datang mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, pagi ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kelihatan tiba pada jam 10.44 pagi.

Mengikut laporan media, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan juga telah memasuki istana dan masing-masing kelihatan meninggalkan Istana Negara kurang sejam kemudian.

Semalam, susulan kemelut pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan perdana menteri Agong menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional menghadap secara individu di Istana Negara, 10.30 pagi ini namun malam tadi BN meminta sesi itu ditangguhkan.

Pagi tadi sehingga jam 10.15 pagi, media melaporkan tidak melihat mana-mana kelibat Ahli Parlimen BN tiba di Istana Negara untuk tujuan tersebut.

Sementara itu, turut kelihatan pemimpin-pemimpin parti gabungan Sarawak tiba di Istana Negara secara serentak pagi ini untuk mengadap Agong.

Mereka ialah Datuk Seri Richard Riot dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Aaron Ago Dagang dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Sultan Ibrahim utamakan 33 juta rakyat Malaysia, bukan wakil rakyat
November 22, 2023· Isu semasa
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok