Agihan kerusi, MCA ambil pendekatan tunggu dan lihat

April 18, 2021 · Politik

Walaupun parti-parti lain mula sibuk membincangkan urusan pembahagian kerusi pilihan raya umum, MCA sebaliknya mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana soal tersebut masih terlalu awal untuk dibincangkan.

Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata MCA perlu bekerja keras memastikan mendapat semula sokongan rakyat dan tidak hanya dilihat sebagai parti yang hanya muncul ketika pilihan raya sahaja.

“Kita kena bekerja setiap masa. Kita tidak mahu jadi bidan terjun hanya berada di kawasan menjelang atau sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) sahaja.

“Ini tidak dialukan,” kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu, Wee mempengerusikan mesyuarat MCA Johor di Ibu Pejabat MCA itu di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga berkata MCA perlu mempunyai satu gerak kerja yang kukuh untuk mendampingi rakyat kerana buat masa ini, terdapat banyak isu yang harus diberi perhatian termasuklah membantu rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

“Pada ketika ini kita sepatutnya tunjuk keprihatinan kerana ada rakyat hidup susah. Kita perlu hulur bantuan dengan menggunakan jaringan yang ada,” katanya.

Beliau juga berkata :”MCA, MIC dan UMNO adalah adik beradik, bersama dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kita adalah satu keluarga.”

Berita berkaitan
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023· Politik
Bersatu gesa Anwar lepas jawatan Menteri Kewangan, sama seperti desakan MCA
October 6, 2023· Politik
Jawatan Presiden MCA akan ada pertandingan dalam pemilihan parti
September 12, 2023· Politik
DAP juga perlu minta maaf kepada MCA kerana pernah gelar ‘anjing UMNO’, gesa Lian Ker
September 11, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
20 jam lalu · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
20 jam lalu · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
20 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok