Agenda DAP menyusup dalam polisi negara, ancam hak Melayu: Pembela

March 10, 2023 · Politik

Nasib ekonomi dan hak orang Melayu semakin terabai dan terjejas, malah mungkin akan lupus dalam tempoh 10 tahun sekiranya tiada usaha tegas mempertahankannya.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Pembela), Mohd Zai Mustafa berkata, keadaan itu berlaku akibat dasar liberal dan agenda DAP yang mula diserap dan menyerap masuk ke dalam dasar dan polisi negara.

“Dalam bidang ekonomi sehingga kini, tiada usaha yang jelas dan tegas dalam pembentangan Bajet 2023 khususnya bagi mempertahankan dan memperkukuhkan usahawan dan peniaga Melayu yang masih terjejas teruk pasca pandemik.

“Dasar meritokrasi dalam peluang ekonomi jika dilaksanakan akan membunuh perniagaan orang melayu yang masih memerlukan kuota dan sokongan peruntukan dalam bidang tertentu.

“Usahawan Melayu masih memerlukan kuota khas bumiputera bagi mendapat peluang ekonomi contohnya kuota khas kepada tender bumiputera dan lain-lain bidang kerana mereka tidak boleh dan mampu bersaing di bidang swasta,” katanya.

Beliau berkata kemampuan orang Melayu memiliki hartanah juga semakin mengecil dan tertekan akibat harga rumah yang semakin tinggi dan meningkat.

“Keputusan kerajaan membawa masuk pakar perumahan daripada Singapura HDB (Housing Development Board) sudah pasti akan memberi kesan lebih buruk kepada pemilikan hartanah.

“Kesan ini telah pun berlaku di Singapura dan Pulau Pinang bila pembangunan dilaksanakan secara skala besar orang Melayu di kawasan tersebut akan terkeluar ke pinggir dan luar bandar,” katanya lapor Harakah.

Tambahnya, sekiranya dasar liberal dan sama rata kerajaan PH-BN telah menyerap masuk dalam polisi kerajaan, Ummah berpendapat soal kepentingan orang Melayu dan hak bumiputera akan semakin terancam dan akan terlupus dalam tempoh 10 tahun sahaja.

“Kesedaran wajar digerakkan secara berterusan agar usaha mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dalam perlembagaan dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan dan pemilikan ekuiti yang telah ditetapkan dalam perlembagaan akan tetap terpelihara dan dipertahankan,” katanya.

Berita berkaitan
Zakir Naik akan kembali ke Malaysia, bagaimana pendirian DAP?
March 28, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
34 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok