Agak janggal apabila UMNO suruh ahli sokong DAP sekarang: Muhyiddin

May 20, 2023 · Politik

Tindakan UMNO yang menggesa ahli-ahlinya menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah sesuatu yang agak janggal pernah dilakukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyifatkan gesaan UMNO kepada ahlinya menyokong DAP adalah suatu yang luar biasa, bagaimanapun ia terserah kepada penyokong mereka sama ada mahu menyahut gesaan tersebut atau pun tidak.

“Ini agak luar biasa, saya pun pernah berada dalam UMNO berpuluh tahun. Pertama kali saya dengar pemimpin UMNO suruh sokong DAP.

“Jadi ini satu perkara yang agak luar biasa, terserah kalau mereka berpegang pada perjuangan parti mereka, ia bukan parti saya lagi. Tetapi itu adalah satu arahan yang agak janggal,” katanya semasa sidang media hari ini selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Bukit Kepong.

Menurutnya lagi, sokongan pengundi UMNO kepada DAP tidak pernah berlaku, malahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sokongan orang Melayu beralih kepada PN adalah lebih tinggi.

“Kita dah ada buat kajian yang kita dapati bahawa dalam pilihan raya pilihan raya lepas ni terutama PRU isu apa orang kata perpindahan sokongan daripada UMNO kepada DAP, DAP kepada UMNO tidak berlaku.

“Yang berlaku mereka menyokong Perikatan Nasional. Agak luar biasa kalau ada pemimpin UMNO suruh sokong perjuangan DAP kerana yang kita tahu apakah DAP sebenarnya bagi orang Melayu tetapi terserah lah kepada ahli UMNO yang berbaki kalau ada lagi lah,” ujarnya.

Muhyiddin berkata perjuangan UMNO kini sudah tidak sama apabila mereka sudah duduk dan tidur bersama DAP, malahan ahli-ahli yang tinggal dalam parti itu juga sudah berkurangan.

“Saya percaya UMNO sudah sampai ke penghujung hayat dan PRN yang akan datang ini akan dapat aa membuktikan bahawa sebahagian besar orang Melayu sudah tidak lagi mendukung perjuangan UMNO.

“Pasal saya pun tahu saya pernah menjadi timbalan presiden, semua yang berlaku pada hari ini sudah bercanggah bertentangan tidak sehaluan bukan itu matlamat perjuangan asal,” ujarnya lagi.

Terdahulu, seorang pemimpin UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa semua ahli UMNO agar melihat calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai wakil dalam kerajaan perpaduan.

“Memanglah undi itu rahsia tetapi gesaan saya ialah bukan (undi) atas nama parti atau DAP tetapi atas nama kerajaan perpaduan, katanya dipetik laporan media semalam.

Untuk rekod, UMNO dan DAP, yang dulunya seteru tradisi, kini sama-sama menjadi sebahagian daripada kerajaan yang terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan dua gabungan parti pemerintah di Malaysia Timur – Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak.

Berita berkaitan
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
5 minit lalu· Politik
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
14 minit lalu· Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
12 jam lalu· Politik
MP DAP gesa tarik gelaran ‘Tun’ diberi kepada Dr Mahathir
16 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
27 minit lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
11 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
11 jam lalu · Politik
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
Pihak sokong Proklamasi Melayu kerjasama masa pilihan raya
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok