ADUN UMNO masih Ketua Pembangkang di DUN Selangor, kata Speaker

March 14, 2023 · Politik

Datuk Rizam Ismail (UMNO-Sungai Tawar) masih belum menghantar surat letak jawatan sebagai ketua pembangkang di Selangor, kata Speaker Dewan Selangor Ng Suee Lim.

Walaupun sudah bekerjasama di peringkat pusat antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO, namun senario tersebut tidak berlaku di Selangor.

Beliau berkata demikian mengulas usul daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Bukit Antarabangsa), yang mencadangkan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) menjadi ketua pembangkang di negeri tersebut, semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, menurut laporan Bernama.

Ng bagaimanapun memaklumkan, Rizam perlu menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang kepadanya, sebelum perlantikan jawatan tersebut dibuat olehnya.

“Dalam Dewan, tidak boleh dengar cakap-cakap dan ia tidak boleh dibawa (ke dalam DUN), kena fakta, ada surat (daripada Rizam) dan sebagainya.

“Malah beliau (Mohamed Azmin) tiba-tiba mewakili UMNO, saya pun terkejut, sepatutnya Rizam beri surat (peletakan jawatan) kepada saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Ng memaklumkan, jawatan ketua pembangkang di negeri itu lebih sesuai disandang oleh Mohamed Azmin, atas faktor pengalaman dan jawatan yang pernah dipegang beliau, berbanding Ahmad Yunus.

Malah beliau berkata bekas Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI) itu yang kini bukan Ahli Parlimen, mempunyai lebih banyak masa terluang untuk menjadi Ketua Pembangkang di Selangor bagi memainkan peranan menimbal balik dasar kerajaan negeri.

Ng turut menjelaskan, sekiranya jawatan ketua pembangkang tersebut disahkan kosong, beliau akan meminta blok pembangkang terbesar di Selangor untuk mencadangkan satu nama kepadanya, sebelum keputusan lantikan dibuat.

“Mungkin hari ini Rizam sibuk ada urusan, tapi kita akan beri ruang kepada blok pembangkang untuk membahaskan dalam masa yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin dalam Persidangan DUN Selangor bangun dan membacakan Peraturan Mesyuarat ke-87, meminta Ng mengeluarkan petua berkenaan kedudukan Ketua
Pembangkang DUN Selangor yang disandang Rizam, berikutan situasi politik semasa dengan UMNO lebih selesa bersama Pakatan Harapan.

“Semalam saya ada berbincang dengan ADUN Sungai Air Tawar (berhubung jawatan itu) dan beliau sedia untuk menyerahkan tugas dan tanggunjawab pihak pembangkang ini kepada pihak kami. Sudah tentu peranan Ketua Pembangkang itu penting dalam membahaskan (hal) rakyat Selangor. Jadi saya nak dapatkan petua dari Speaker berhubung keadaan ini.

“Penting untuk DUN Selangor ini mewujudkan suasana yang cukup sihat dengan adanya pembangkang yang efektif dan berkesan, jadi saya pohon Speaker dengan saya mencadangkan Yang Berhormat Sijangkang sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor,” katanya.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok