ADUN UMNO letak jawatan Exco Kedah, tapi Sanusi masih ada majoriti

October 13, 2022 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang mewakili UMNO, Datuk Suraya Yaacob meletak jawatan sebagai Exco kerajaan negeri Kedah hari ini secara serta-merta.

Bagaimanapun, peletakan jawatan Suraya yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu tidak menjejaskan majoriti dimiliki kerajaan negeri dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Muhammad SanusiMd Nor kerana UMNO hanya memiliki dua wakil rakyat sahaja dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Suraya bagaimanapun tidak menyatakan punca peletakan jawatannya, namun dipercayai ia sebagai protes terhadap kerajaan Kedah kerana tidak mahu membubarkan DUN untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam pada itu, Suraya merakamkan penghargaan kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah atas perkenan melantik beliau ke jawatan itu.

Suraya berkata, beliau tidak akan melupakan segala cabaran dan pengalaman dalam membantu penyelarasan mempercepatkan projek menaik taraf lima Loji rawatan air (LRA) yang tertangguh akibat dihentikan kerajaan negeri terdahulu.

“Projek itu menyaksikan Kedah menerima manfaat bernilai RM2.62 bilion atas penstrukturan semula industri air negeri Kedah, meliputi penghapusan hutang RM1.82 bilion dan selebihnya bagi kos membina dua LRA baharu di Sidam Kiri dan Kodiang.

“Antara pengalaman berharga saya pada penggal ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat negeri Kedah, membabitkan dua Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) yang dibangunkan untuk kegunaan menakung air lebihan yang melimpah ruah ketika musim tengkujuh untuk kegunaan ketika musim kemarau.

“Paling mencabar, sudah tentu saya dan rakan bertungkus-lumus menghadapi cabaran bencana banjir kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis air pada kemarau 2021,” katanya dipetik laporan BH.

Untuk rekod, Suraya menyandang kerusi DUN Sungai Tiang selama empat penggal sejak 2004. Pada PRU-14 2018, beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis, 641 undi.

UMNO hanya memenangi dua kerusi sahaja pada PRU-14 di DUN Bandar Baharu, selain Sungai Tiang.

Kerajaan negeri bawah Perikatan Nasional (PN) diterajui PAS memiliki 23 daripada 36 kerusi DUN dengan sebahagian besar dimiliki PAS (15) diikuti Bersatu (6) dan UMNO (2).

Pakatan Harapan (PH) pula menguasai 11 kerusi iaitu PKR (5), Amanah (4) dan DAP (2), manakala dua lagi kerusi dimiliki Pejuang.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok