ADUN pembangkang Selangor sumbang elaun ke tabung Covid-19

June 4, 2021 · Politik

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah mengumumkan akan menyumbang sepenuhnya elaun sebagai ADUN ke dalam Akaun Amanah Bencana Covid-19 selama tiga bulan bermula bulan ini.

ADUN pembangkang di Selangor itu berkata keputusan tersebut diambil susulan inisiatif daripada ahli Kabinet Kerajaan Persekutuan serta penjawat awam yang terlebih dahulu mengambil langkah demikian.

“Jadi saya sebagai ADUN mewakili Perikatan Nasional (PN) di Selangor membuat keputusan atas kehendak saya sendiri selepas melihat keikhlasan serta kesungguhan usaha memerangi Covid-19 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ADUN Bersatu itu juga mencabar supaya ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) daripada Kerajaan Negeri Selangor (serta lain-lain negeri di seluruh negara) turut berbuat demikian bagi menunjukkan tanda solidariti terhadap usaha kerajaan melawan pandemik itu.

“Saya sarankan ADUN-ADUN PH berhenti mencari kesalahan kerajaan sebaliknya mencontohi pemimpin PN dalam melakukan pengorbanan serta komitmen yang ditunjukkan dengan menyumbang elaun mereka ke arah yang sama,” tegasnya.

Tambahnya, usaha memerangi pandemik itu sepatutnya merupakan satu usaha bersama.

“Mereka ini tidak wajar menganggu usaha cemerlang Kerajaan Persekutuan ini,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memutuskan agar tiga bulan gaji, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Langkah yang diambil itu katanya, sebagai tanda kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak pandemik berkenaan.

Terkesan dengan pengumuman itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan penjawat awam akan turut menyumbang ke tabung itu.

Katanya, untuk itu sebahagian Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56 serta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41 yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini akan disumbangkan kepada akaun itu dalam tempoh tiga bulan.

Jelasnya, sumbangan membabitkan lebih 800,000 penjawat awam itu bagaimanapun tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 yang dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok