Adam Adli ajak Syed Saddiq berdebat selepas PRN, mahu tumpu kempen

August 4, 2023 · Politik

Cabaran debat dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya akan disambut Adam Adli Abd Halim selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata mahu menumpukan kepada kempen calon-calon yang bertanding dan tidak mahu berdepan Presiden MUDA tersebut, ia bagaimanapun Rafizi Ramli boleh pula mengajak pemimpin Perikatan Nasional (PN) berdebat dengannya.

Menurut Adam Adli, ketika kempen PRN sedang hangat berlangsung ‘pentas’ yang ada sewajarnya diberikan kepada calon-calon yang bertanding.

“Saya cadangkan sempena PRN ini, kita beri peluang dahulu kepada calon-calon muka baharu kita berdebat. Beri tumpuan kepada suara mereka.

“Biar mereka dapat lebih pendedahan berbanding kita yang ada kelebihan dari segi perhatian media dan masyarakat selama ini. Ini masa untuk serlahkan mereka.

“Urusan antara kita ini boleh diadakan selepas selesai PRN. Insya-Allah. Tetapkan perimeternya nanti,” katanya dalam hantaran media sosial.

Katanya, biar pun janggal untuk mengadakan debat antara dua ahli Parlimen kerajaan dengan disertai oleh seorang ahli Parlimen pembangkang namun cadangan itu disifatkan menarik.

Pentas debat berkenaan boleh dijadikan medan untuk merungkai banyak perkara agar isu-isu yang dibangkitkan menjadi jelas kepada masyarakat.

Semalam Syed Saddiq menjemput Adam Adli dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari untuk berdebat secara terbuka mengenai cabaran yang dihadapi oleh belia pada masa kini.

Debat terbuka itu diadakan bagi memberi peluang untuk menyampaikan polisi dan inisiatif parti masing-masing.

Syed Saddiq berkata, acara berkenaan bagi menyambut seruan Menteri Ekonomi, Rafizi agar perbahasan isu-isu negara dilakukan secara berdebat.

“Dua pimpinan anak muda dalam parti masing-masing yang saya hormati. Saya setuju bahawa kita memerlukan banyak ruang dan peluang bagi pemimpin negara kita berbahas, bertanding, bertembung.

“Dengan mengemukakan idea, solusi dan polisi bagi menyelesaikan masalah-masalah terutamanya masalah orang muda yang semakin mencabar pada hari ini,” kata Syed Saddiq melalui ciapan di Twitter.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sudah sampai masanya untuk menjadikan debat sebagai satu budaya.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok