Adakah Zahid akan bawa UMNO jadi PENGKHIANAT BANGSA MELAYU?

November 20, 2022 · Politik

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan Parlimen kini tergantung apabila tidak ada satu parti pun yang dapat memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Pengumuman terakhir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menunjukkan, Pakatan Harapan mendahului dengan 78 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (73), dan Barisan Nasional (30).

Justeru, di antara PH dan Perikatan Nasional, kini masing-masing memerlukan sokongan mutlak daripada UMNO/BN serta Gabungan Parti Sarawak (GPS), serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS), untuk membentuk kerajaan yang benar-benar stabil.

Untuk rekod, GPS memenangi 21 kerusi dengan dua lagi kerusi Parlimen Limbang dan Baram, dijangka akan turut menjadi milik gabungan tersebut, manakala gabungan GRS-BN Sabah menang 13 kerusi Parlimen.

Dan, melihat kepada situasi politik yang berlaku di dalam BN, khususnya UMNO, sejak tengah malam tadi hingga awal pagi ini, parti pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, itu semakin berpecah.

UMNO sebuah parti berteraskan nasionalisme dan Melayu dikawal oleh Zahid sepenuhnya walaupun Perdana Menteri yang menganggotai parti itu tidak mempunyai kuasa.

Dalam perkembangan terbaharu, Zahid yang dilihat lebih rapat dengan rakan lamanya Anwar, membuat satu kenyataan ‘penentuan’ awal pagi ini.

Kenyataan yang disiapkan lebih awal pada 19 November 2022 tetapi disiarkan dalam laman Facebooknya pada jam 1.48 pagi 20 November, Presiden UMNO itu berkata “kami (BN) bersedia mengetepikan perbezaan sentimen kami sebelum ini”.

“Kami” yang disebut oleh Zahid itu mewakili UMNO dan BN. Namun, Zahid membuat kenyataan “kami” itu tanpa terlebih dahulu mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan tertinggi UMNO serta BN.

Apa yang dimaksudkan dengan “perbezaan sentimen” itu tidak dapat dipastikan, namun pada masa sama, portal suaratv melaporkan bahawa pertemuan tidak rasmi kepemimpinan tertinggi UMNO tengah malam tadi, tegang, setelah ada antara mereka menolak kerjasama dengan PH – yang didalamnya turut dianggotai DAP.

Kenyataan itu mendapat lebih 4,900 komen yang hampir kesemuanya menyalahkan Zahid dan mendesak beliau, timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan, dan barisan kepimpinan UMNO berundur dan memberi peluang kepada individu lain menerajui parti itu.

Terdahulu, cadangan mengadakan kerjasama dengan PH dikatakan dibawa oleh seorang pemimpin tertinggi parti tersebut dan ditolak oleh sekumpulan pemimpin kanan UMNO.

Portal berkenaan memetik sumber yang memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara yang keras membantah kerjasama dengan PH, dan meninggalkan terus perbincangan itu.

Bagaimanapun, Zahid ‘yang berkuasa dalam parti itu’ dijangka membawa satu cadangan kepada mesyuarat Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat tengah hari ini (20 November).

Sekiranya dibuat perkiraan gabungan PH, UMNO, GPS dan GRS-BN bekerjasama, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mampu membentuk kerajaan.

Demikian juga jika perkiraan gabungan Perikatan Nasional bekerjasama dengan UMNO, GPS dan GRS-BN, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga boleh membentuk Kerajaan Persekutuan.

Namun, adakah UMNO akan menjual maruah diri, menghina ahli-ahlinya dan mengkhianati bangsa Melayu, jika sedia bekerjasama dengan PH, yang turut dianggotai DAP – parti yang menjadi musuh utama orang Melayu?

Dalam sejarah politik dan pilihan raya Malaysia, UMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP. Tetapi, jangan lupa bahawa UMNO ini suka menempa sejarah, dan tidak mustahil mereka akan menjadi pengkhianat bangsa Melayu.

Sebelum ini, sesetengah pemimpin UMNO melabelkan Muhyiddin dan pemimpin Bersatu sebagai pembelot, serta pengkhianat parti, apabila ada Ahli Parlimen UMNO menyertai parti gabungan Perikatan Nasional itu.

Namun, adakah ungkapan ‘PENGKHIANAT BANGSA’ akan memakan diri UMNO dan pemimpinnya jika mereka bekerjasama dengan DAP?

Perlu juga diingat bahawa kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak juga kini dalam keadaan tergantung apabila tidak ada parti yang mempunyai kerusi mencukupi bagi membentuk sebuah kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Perak, Razman Zakaria berkata parti itu secara rasmi memenangi 26 kerusi DUN dan jumlah itu tidak cukup bagi mendapat majoriti mudah, iaitu 30 kerusi.

Untuk rekod, PH pula memenangi 20 kerusi, dan BN pula 11 kerusi terdiri daripada 10 UMNO dan satu MCA.

Namun, Razman berkata Perikatan Nasional Perak akan berbincang dengan BN untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti 41 kerusi.

Seperti diperingkat pusat, kerjasama PH-BN boleh membentuk kerajaan negeri, demikian juga kerjasama Perikatan Nasional dan BN.

“Kita di Perikatan Nasional Perak akan buat perbincangan dengan kawan-kawan kita yang ada di sebelah sana (BN) untuk bentuk kerajaan negeri. Sejelas-jelasnya, kami takkan bersama. ‘No Anwar’, ‘no DAP’.

“Dan kita ‘firm’ (tegas) ruang yang ada rakan-rakan kita dari BN untuk adakan perbincangan,” katanya pada sidang media pagi tadi.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan, mana-mana gabungan memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi.

Namun, adakah UMNO Perak juga akan menjadi PENGKHIANAT BANGSA jika sedia bekerjasama dengan PH/DAP?

Ketua Pengarang
Agenda Daily

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
Menara KL: Annuar ambil tindakan undang-undang terhadap individu buat fitnah
January 4, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok