Adakah UMNO ‘sedia redah banjir’ untuk pertahan rasuah? Kit Siang

September 23, 2022 · Politik

Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan berbilion-bilion ringgit adalah ujian sama ada sesebuah parti politik menyokong atau menentang rasuah dan sama ada parti tersebut membantah Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi, kata veteran DAP Lim Kit Siang, hari ini (23 September 2022).

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata adalah satu tragedi bagi negara apabila Sultan Perak Sultan Nazrin Shah harus mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menafikan dan tidak melakukan “tidak boleh bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata”.

“Perkara ini menunjukkan sejauh mana rasuah telah menjadi masalah besar di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang kemudian menyindir Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana menegur bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, tetapi dia sendiri gagal untuk mengecam skandal 1MDB yang melibatkan RM50 billion.

“Kenapa jadi begini? Presiden UMNO telah mengatakan yang UMNO bersedia untuk “meredah air banjir” dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Namun mengapakah dia gagal untuk mengecam skandal 1MDB? Adakah UMNO akan “meredah air banjir” untuk mempertahankan rasuah?” soal Kit Siang.

Kit Siang berkata tidak ada keperluan untuk bertanya kepada Menteri dan pemimpin MCA dan MIC sebab mereka gagal untuk mengutuk skandal 1MDB dalam dekad yang lepas kerana perkara sebegini memang menjadi ciri parti mereka.

“Baru-baru ini, seorang pemimpin MCA telah bertanya, mengapa tidak ada simpati yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam kalangan orang Melayu dan orang Islam?

“Pemimpin MCA ini mengatakan yang dia tidak faham mengapa terdapat sebegitu banyak kebencian terhadap ahli politik,” katanya.

Lit Siang memetik pemimpin MCA itu berkata: “Ada yang tak sudah-sudah mau lihat Najib seksa dan sengsara di penjara. Tak cukupkah didera minda, fizikal dan semangatnya? Manalah budaya maaf-maafan orang Melayu dan Islam?”

Menjawab pertanyaan itu, Kit Siang membangkitkan persoalan sekiranya kehidupan dalam penjara itu adalah satu penyeksaan terhadap “minda, badan, dan jiwa”, mengapakah MCA hanya bersuara sekarang, 65 tahun selepas negara kita Merdeka?

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
9 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
7 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
12 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok