Adakah UMNO hanya utama PRU, tak peduli rakyat perlu bayar lebih?

October 1, 2022 · Politik

Pengerusi DAP Lim Guan Eng hari ini menuduh Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan beban kewangan rakyat akibat kejatuhan nilai ringgit sehingga ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun.

Bekas menteri kewangan itu memberi amaran bahawa penurunan itu bukan sementara apabila nilainya terus merosot melebihi 11 peratus tahun ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak 1 Januari lalu.

Menurutnya nilai ringgit juga telah jatuh berbanding mata wang rakan dagangan utama iaitu sebanyak lebih 4 peratus berbanding rupiah Indonesia dan jatuh ke paras terendah bersejarah RM3.26 kepada dolar Singapura.

“Lebih membimbangkan bagaimana kejatuhan ringgit berbanding dolar AS tidak memberi masalah besar sedangkan 80 peratus daripada eksport dan import kita diinvois dalam dolar AS? Terutama bil import makanan pada 2021 berjumlah RM63 bilion.

“Kerajaan berhujah yang penurunan ringgit bukan satu masalah besar kerana mata wang lain jatuh lebih teruk atau penurunan ringgit hanya bersifat sementara. Ini adalah salah dan tidak jujur kerana menutup mata akan bebanan kewangan yang dihadapi oleh rakyat dan peniaga akibat ringgit yang lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Bagan menuduh pemimpin UMNO dalam kerajaan mengutamakan kepentingan parti berbanding kesejahteraan awam dan ekonomi negara dengan desakan berulang kali mereka supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini.

Menurutnya UMNO terlepas peluang untuk membuktikan mereka mengambil berat terhadap rakyat Malaysia apabila mengekalkan Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi Pasukan Petugas Khas Kabinet Jihad Melawan Inflasi, tetapi sebaliknya telah gagal.

Lim berkata Indeks Harga Pengguna dan inflasi makanan masing-masing berada pada 3.4 peratus dan 6.1 peratus pada Jun apabila Annuar dilantik sebagai pengerusi dan masing-masing meningkat kepada 4.7 peratus dan 7.2 peratus dalam tempoh dua bulan.

Beliau juga menyalahkan Annuar atas keputusan Bank Negara menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.5 peratus, dengan mendakwa bahawa akibatnya peminjam perlu membayar kos yang lebih tinggi.

“Sekurang-kurangnya UMNO sepatutnya menuntut sama ada Annuar meletakkan jawatan atau meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Pengerusi,” katanya.

“Bank Negara tidak yakin dengan keupayaan Annuar untuk melawan inflasi dan dijangka meningkatkan OPR dalam dua mesyuarat seterusnya pada November tahun ini dan Januari tahun depan kepada sekurang-kurangnya 3 peratus atau lebih tinggi.

“Adakah UMNO mengambil berat bahawa rakyat perlu membayar lebih?”

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok