Adakah UMNO desak siasat Tommy Thomas? Soal peguam kepada PH

January 19, 2023 · Politik

Bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan peguam yang juga calon Bebas Parlimen Batu, Siti Kasim mempersoalkan sama ada terdapat motif politik oleh UMNO di sebalik siasatan berhubung bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas.

“Kami baru sahaja memberi kenyataan di Bukit Aman. Kami telah dipanggil untuk siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan (membuat kenyataan dengan niat untuk melakukan kerosakan) dan 233 Akta SKMM (perkongsian atau penyebaran berita palsu, kandungan menyinggung perasaan dan ugutan).

“Siasatan adalah berhubung kenyataan yang dibuat oleh bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas. Polis sangat profesional (dalam menjalankan siasatan).

“Malah saya benar-benar malu dengan cara kami membuang masa polis dengan menjalankan siasatan seperti ini.

“Sangat jelas kepada saya bahawa siasatan ini adalah salah satu tuntutan UMNO kepada Pakatan Harapan (PH),” dakwanya menurut laporan Mkini.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan reformis PH – adakah ini salah satu tuntutan UMNO berhubung penyiasatan Tommy Thomas?

“Adakah ia mempunyai kaitan dengan dakwaan terhadap beberapa pemimpin UMNO? Dan saya ingin tahu daripada PH, apa lagi yang anda sudah berikan (kepada UMNO)?” kata Ambiga.

Sementara itu, Siti Kassim pula menyetujui apa yang dikatakan Ambiga.

“Kami membuang masa kami, masa polis. Apakah jenis kesalahan yang telah dilakukan? Ini cuba menyekat kebebasan bersuara kami.

“Kami tidak boleh berkata apa-apa jika kami tak puas hati? Ini adalah sesuatu yang perlu dilihat oleh kerajaan sekarang. Kami mesti bangkit menentang penyekatan hak ini,” katanya.

Terdahulu, polis melancarkan siasatan terhadap Thomas atas dakwaan kenyataan perkauman yang dibuatnya terhadap kerajaan dalam forum bertajuk “Dark Forces Towards GE15” pada 17 September.

Setiausaha polis Noorsiah Mohd Saaduddin berkata polis juga telah memulakan siasatan serupa terhadap Presiden Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, yang juga ahli panel pada majlis itu.

Noorsiah juga berkata kedua-duanya akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam forum itu Thomas didakwa menggesa pembangkang bertanya kepada pengundi sama ada “kerajaan Melayu” akan menjadikan negara lebih baik dan lebih cekap.

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
6 jam lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
7 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
14 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
24 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
4 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
4 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
6 jam lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
13 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok