Adakah ulat lupakan daun? Ismail Sabri suruh Muhyiddin cermin diri?

November 15, 2022 · Politik

 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – Naib Presiden UMNO yang mendapat sokongan 100 peratus Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kesembilan – hari ini (15 November 2022) meminta bekas Perdana Menteri kelapan itu untuk ‘cermin diri’.

Memetik laporan BHOnline hari ini, Ismail Sabri yang juga calon mempertahankan kerusi Parlimen Bera dalam PRU-15 Sabtu ini, mendakwa ketika Pengerusi Perikatan Nasional itu memimpin negara, landskap politik dalam suasana huru-hara.

Dia berkata demikian selepas majlis ramah mesra bersama keluarga FELDA Lasah, pagi tadi.

Dia juga meminta Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengenang kembali situasi huru-hara yang pernah berlaku sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

Dakwa Ismail Sabri dia mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan dalam keadaan yang bukan mudah kerana dia terpaksa menguruskan baki kerja yang ditinggalkan oleh Muhyiddin.

Untuk rekod, Muhyiddin mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Mac 2020 dalam keadaan krisis pandemik Covid-19, susulan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 10 Mac 2020, Muhyiddin melantik Ismail Sabri – sedangkan ketika itu dia hanyalah Naib Presiden UMNO – sebagai Menteri Pertahanan sehingga pada 7 Julai 2021 dia dinaikkan pangkat kepada Timbalan Perdana Menteri.

Namun, setelah 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengkhianati sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional, Muhyiddin meletak jawatan (16 Ogos 2021) telah mengarahkan semua wakil rakyat Perikatan Nasional dan Bersatu memberi sokongan 100 peratus kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Kesemua 50 Ahli Parlimen parti gabungan Perikatan Nasional iaitu 31 daripada Bersatu; PAS (18) dan STAR (satu) telah menyerahkan Akuan Bersumpah kepada Istana Negara untuk menyokong Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kesembilan, mengetepikan saingannya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan itu.

Dalam suasana PRU-15 yang hanya tinggal tiga hari lagi untuk rakyat memilih kerajaan baharu pada Sabtu, 19 November ini, tidak hairan apabila Ismail Sabri membuat kenyataan sedemikian, setelah gelombang dan gegaran sokongan kepada Perikatan Nasional serta Muhyiddin terus meningkat setiap hari.

Terdahulu, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendedahkan Muhyiddin mengarahkan semua wakil rakyat Perikatan Nasional memberi sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana, katanya Muhyiddin tidak mahu mencetuskan huru-hara yang boleh menyebabkan rakyat terus menderita dalam suasana pandemik Covid-19.

“Beliau istiqamah menyokong kerajaan (Ismail Sabri) kerana nakkan perpaduan ummah… kerana nak selamatkan rakyat. Kalau dia bagi arahan kepada kami (Bersatu) turun Kuala Lumpur buat kacau kami akan turun.

“Tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk menjaga rakyat. Kita (PN) istiqamah. Kita bagi sokongan kepada mereka. Walaupun kita kena kencing,” katanya dalam satu ceramah di Tambun baru-baru ini. Beliau adalah calon Perikatan Nasional yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Tambun dalam PRU-15 ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ucapan turut menyifatkan Ismail Sabri bukan lagi saingan kepada Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri kesepuluh

“Mail Sabri (Ismail Sabri) ni dah out of race, tak boleh, tak boleh pergi lagi. Dia nak pi (jadi) macam mana, parti dia (UMNO) tak sokong dia.

“Dia nak jadi poster boy, last-last tak boleh jadi poster boy. Tak tahu saya pun tak pernah tengok poster dia, Zahid pun nak jadi poster boy,” katanya

Adakah Ismail Sabri kini seperti ‘ulat lupakan daun’ – menggigit jari orang yang memberi sokongan kepadanya untuk duduk di kerusi yang ada sekarang?

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
16 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok