Adakah taktik sama UMNO mahu guna desak Ismail Sabri seperti Muhyiddin?

June 24, 2022 · Politik

Malam ini Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan membuat ketetapan muktamad berhubung pendirian pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), ia berkemungkinan juga memberi tekanan berterusan terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baharu selesai memecat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli MT semasa ditemui media awal hari ini seakan memberi isyarat satu keputusan besar akan diputuskan badan tertinggi parti itu malam ini.

Tanpa Tajuddin yang sering membela Ismail Sabri dalam setiap mesyuarat MT, Naib Presiden tersebut pasti terasa bahang dan tekanan yang bakal dihadapinya dalam mesyuarat malam ini.

Persoalannya, adakah Zahid akan mengulangi taktik sama yang digunakan sebelum ini semasa menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ismail Sabri?

Jika sebelum ini Zahid sanggup menarik sokongan bersama beberapa Ahli Parlimen (MP) UMNO terhadap Muhyiddin sehingga memaksa peletakan jawatannya, adakah Zahid bersama pengikut setianya akan mengulangi taktik sama?

Tindakan terhadap Tajuddin yang diambil UMNO adalah isyarat jelas kepada Ismail Sabri agar tidak mengambil mudah dengan desakan Presiden dan menghormati kuasa mutlak yang dipegangnya.

Selain itu, Zahid juga seolah cuba menunjukkan kepada Ismail Sabri siapa sebenarnya bos sebenar dan jangan cuba mencabar institusi tertinggi dalam parti itu.

Spekulasi semakin kuat Zahid dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah sudah semakin terdesak kerana keputusan penghakiman yang semakin dekat tidak lama lagi.

Jika semua keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, kedua-dua Zahid dan Najib akan berakhir di dalam tirai besi.

Malah, Najib juga sudah tidak boleh bertanding dalam PRU-15 kerana sabitan hukuman yang dihadapinya dan Zahid juga akan berdepan nasib sama tidak dapat bertanding jika sudah disabitkan hukuman.

Selagi keputusan hukuman itu tidak membebaskan tertuduh walaupun sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, mana-mana individu yang sudah didapati bersalah tidak layak untuk bertanding dalam PRU-15.

Ismail Sabri sebelum ini berkata langkah untuk mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat tidak sesuai memandangkan isu inflasi yang sedang dihadapi rakyat masih belum dapat ditangani.

Bagaimanapun, Zahid tidak menghiraukan alasan tersebut dan terus mendesak semasa Konvensyen Barisan Nasional (BN) supaya Ismail Sabri tidak lagi menangguhkan PRU-15 dan segera membubarkan Parlimen.

Persoalan kini, bagaimana UMNO mahu menyingkirkan seorang PM yang datang daripada partinya sendiri, adakah Zahid berani membuat tindakan sama seperti dilakukan terhadap Muhyiddin sebelum ini?

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok