Adakah PH kata Syed Saddiq pun Kluster Mahkamah seperti Zahid?

October 28, 2022 · Politik

Ketika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih kekal dengan label ‘Kluster Mahkamah’, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan sama ada Pakatan Harapan (PH) juga akan meletakkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kategori kluster sama.

Dalam kenyataan hari ini, Asyraf dilihat mahu membersihkan label Kluster Mahkamah daripada Presiden UMNO itu dengan menyatakan mahkamah terlah membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan berkaitan VLN.

Namun, Asyraf tidak pula menyatakan bahawa Zahid masih mempunyai 47 lagi kes jenayah, termasuk rasuah, berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB), yang mana penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu telah diperintah membela diri.

Untuk rekod, pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Zahid membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit milik YAB.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.

Keputusan berhubung kes YAB itu dijangka diketahui awal Disember depan. Kes ini juga sebelum ini dikatakan sebagai punca Zahid mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dipercepatkan, walaupun terpaksa diadakan pasa musim tengkujuh.

Selain itu, kes berkaitan VLN berkenaan masih belum selesai kerana pihak pendakwaan telah mengemukakan rayuan mereka.

Bagaimanapun, kes Zahid berkaitan YAB itu tidak pula dinyatakan oleh Asyraf Wajdi dalam kenyataannya, tetapi mempersoalkan adakah PM akan bersikap hipokrit dan bersifat terpilih.

Seperti Zahid, Presiden MUDA itu hari ini diarah membela diri setelah pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie berkaitan kes pecah amanah, salah guna kuasa dan harta dan pengubahan wang haram ke atas beliau.

“Namun hari ini kita akan mula melihat bagaimana hipokrasi Pakatan Harapan akan bermula.

“Jika mereka boleh menuduh Presiden UMNO sebagai kluster mahkamah walaupun telah dibebaskan dalam 40 pertuduhan VLN sebelum ini, adakah mereka akan melakukan perkara yang sama kepada Syed Saddiq?

“Rakyat akan melihat dan menilai betapa keadilan yang PH junjung selama ini hanyalah hipokrit dan bersifat terpilih,” kata Asyraf.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
7 jam lalu· Isu semasa
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
17 jam lalu· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok