Adakah NGO Islam sokong Anwar, lupa tindakan DAP sebelum ini?

November 17, 2022 · Politik

Tinggal beberapa hari lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beberapa kumpulan yang mendakwa mewakili masyarakat Melayu dan Islam secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menghairankan, kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Melayu-Islam tersebut sebelum ini lantang menentang tindakan DAP, tetapi kini mereka pula menyokong gabungan parti pembangkang tersebut.

Adakah Jaringan NGO Melayu Islam itu terlupa atau sudah buta mata mereka apabila pemimpin DAP menghina Islam dengan label Taliban,?

Adakah kumpulan tersebut lupa siapa sebenarnya yang mahu mengheret kerajaan bersetuju dengan Statut Rom dan meratifikasi ICERD”

Dan terlupakah mereka siapa yang sebelum ini mendesak pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik diusir dari Malaysia?

Jurucakap kumpulan tersebut, Mohd Azmi Abdul Hamid sepatutnya berhati-hati dalam menyatakan sokongan kepada mana-mana gabungan parti politik dan tidak membuat tindakan yang hanya akan menyebabkan masalah lain pula timbul.

Lupakah Mohd Azmi perkara yang berlaku sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selama 22 bulan sebelum ini?

Gabungan parti yang disokong Mohd Azmi tersebut ditunjangi oleh DAP, malah sejarah sebelum ini sudah terbukti parti tersebut menguasai dan mendominasi keputusan yang dibuat dalam kerajaan sebelum ini.

Mungkin Mohd Azmi mahu melihat cikgunya, Anwar dapat menjadi Perdana Menteri selepas kecewa berkali-kali apabila gagal mendapat sokongan majoriti.

Tetapi sokongan yang diberikan tersebut bakal mengundang bahaya. Adakah Mohd Azmi bersama-sama dengan NGO Melayu-Islam yang lain itu mahu melihat maruah negara sekali lagi dirobek oleh DAP?

Tidak sedarkah mereka apa yang dilakukan oleh DAP sepanjang mereka memerintah dalam kerajaan sebelum ini?

Adakah NGO Islam ini mengajak pengundi menyokong calon DAP?

Rakyat sudah insaf dan sedar, penangan RM30 sebelum ini ditinggalkan oleh kerajaan PH sudah cukup perit dan tidak perlu lagi lah menambah keperitan rakyat lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu· Politik
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022· Politik
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu · Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok