Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?

March 30, 2023 · Politik

Keputusan akan dibuat esok berhubung permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, sumber memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp UMNO juga tular dengan gesaan kepada akar umbi untuk turun berhimpun di Mahkamah Persekutuan esok bagi meraikan pembebasan bekas Perdana Menteri yang disabitkan hukuman sebelum ini.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais akan menyampaikan penghakiman tersebut pada 9 pagi, menurut laporan Bernama.

Najib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang, memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Sementara itu, peguam jenayah terkemuka Datuk N. Sivananthan ketika diminta mengulas mengenai apa yang akan berlaku jika permohonan tersebut memihak kepada bekas perdana menteri itu, berkata keputusan panel terdahulu akan diketepikan dan diteruskan dengan pendengaran rayuan.

“Jika permohonan itu dibenarkan, bermakna rayuan terakhirnya belum selesai, jadi beliau diletakkan dalam situasi seseorang yang masih menunggu rayuan terakhirnya. Sekiranya permohonan itu ditolak, bermakna berakhirlah kes itu. Hukuman yang dijatuhkan oleh panel terdahulu akan kekal, dan beliau perlu menjalaninya,” katanya.

Sepanjang prosiding selama enam hari yang bermula pada 19 Jan itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah bahawa panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mendengar rayuan Najib telah melakukan kesilapan asas dalam undang-undang dengan tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan tidak membenarkan bekas peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik menarik diri.

Peguam itu juga berhujah bahawa catatan Facebook suami Tengku Maimun pada 11 Mei 2018, sebelum pilihan raya umum ke-14, boleh menimbulkan kebencian terhadap Najib.

Beliau berkata hakim tertinggi itu sepatutnya tahu mengenai catatan yang boleh dilihat oleh umum itu dan bertanya kepada pihak terbabit sama ada beliau patut menarik diri daripada panel tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram dalam hujah balas berkata tidak berlaku pelanggaran keadilan atau salah laku keadilan atau sebarang penyalahgunaan proses mahkamah dalam kes itu kerana pihak pembelaan diberi semua peluang untuk berhujah semasa rayuan terakhir.

Beliau berkata Hisyam memilih untuk tidak mengambil peluang yang diberikan atas alasan tidak bersedia dan Najib telah melantik peguam baharu dengan harapan untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu.

Oleh itu, mahkamah berhak menolak penangguhan yang dimohon, katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
16 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu· Politik
Popular
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
12 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
14 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok