Adakah MP UMNO tak sehaluan dengan Presiden sedia dipecat parti?

March 6, 2023 · Politik

Kemelut dalaman UMNO nampaknya masih berlarutan dan ia bukan petanda baik kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi walaupun sudah menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti itu.

Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan mungkin sudah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai pemimpin tertinggi parti, namun pertikaian berhubung keabsahan jawatan kedua-dua mereka masih menjadi persoalan.

Terbaharu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan berhubung isu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bagi usul tambahan parti itu agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan tahun ini.

Ismail Sabri juga meminta Zahid menunjukkan surat daripada RoS berikutan pertikaian status usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Apakah tujuan bekas Perdana Menteri tersebut membuat gesaan tersebut walhal beliau tidak bertanding dan mempertahankan jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini?

Ismail Sabri hanya satu-satunya pemimpin tertinggi dalam UMNO yang dilihat agak lantang dan ke depan dalam mempertikaikan berhubung isu pemilihan UMNO, malah turut mempertikaikan isu sama semasa usul dua jawatan tersebut diluluskan di Perhimpunan Agung yang lalu.

Pemerhati politik melihat Ismail Sabri berada dalam kem yang berbeza dengan Zahid, terselamat daripada operasi pembersihan UMNO sebelum ini yang menyaksikan pemimpin seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar dipecat parti.

Selain itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga turut dikenakan tindakan disiplin apabila digantung selama enam tahun tanpa diberikan sebarang sebab.

Dalam operasi pembersihan dijalankan sebelum ini, tiada Ahli Parlimen UMNO yang dipecat parti walaupun dilihat tidak sehaluan dengan Zahid.

Untuk rekod, UMNO kini hanya memiliki 26 Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan sekiranya Zahid mengambil langkah memecat penentangnya ia bakal memberi implikasi kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dipegangnya ketika ini.

Zahid semasa dua pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini tidak diberi sebarang jawatan dalam Kabinet memandangkan masih mempunyai kes mahkamah yang sedang dalam perbicaraan, tetapi menerima keistimewaan dibawah kerajaan PH-DAP sehingga diberikan jawatan kedua tertinggi kerajaan.

Walaupun menerima kritikan susulan lantikan tersebut, Anwar dilihat mempertahankan lantikan Zahid sebagai TPM.

Mengambil kira senario semasa, pertikaian secara terbuka yang dibuat berhubung isu soal dalaman parti dilihat bakal memberi persepsi tidak baik terhadap UMNO.

Bagaimanapun, adakah Zahid berani mengambil langkah drasti untuk menyingkirkan kumpulan penentangnya yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan tidak sekadar berani mengambil tindakan terhadap ahli-ahli biasa parti sahaja?

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
3 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
8 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok