Adakah mahu percaya Pakatan Harapan lagi?

November 13, 2022 · Politik

“Bolehkah anda mempercayai mereka (PH) selepas apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini?”

Itu pertanyaan yang dibangkitkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sambil mempersoalkan sama ada janji Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, boleh dipercayai atau tidak.

Beliau merujuk kepada pentadbiran 22 bulan PH yang mana pelbagai projek di Sarawak dibatalkan dan janji manifesto, seperti membayar 20 peratus royalti minyak kepada negeri itu, masih tidak ditunaikan.

Pada Sabtu (12 November), Pengerusi Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa gabungan itu akan melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan memberikan autonomi kesihatan serta pendidikan kepada Sarawak sekiranya ia mula berkuasa.

Anwar juga berkata PH terbuka kepada kemungkinan bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan seterusnya.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Abang Johari enggan membuat sebarang komitmen.

“Biarlah kita bertanding (pilihan raya) dahulu, baharu kita lihat,” katanya menurut The Star.

Terdahulu, dalam ucapannya pada program Sarawakku Sayang di Telaga Air di sini, Abang Johari berkata Sarawak akan bekerjasama dengan seorang Perdana Menteri yang akan berlaku adil kepada negeri ini.

“Kami sudah terlalu lama ketinggalan dan kami masih merundingkan beberapa isu di bawah MA63,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat Sarawak menghantar seramai mungkin wakil GPS ke Parlimen bagi memperjuangkan hak dan kepentingan negeri.

“Kalau boleh kita nak sapu semua 31 kerusi. Jangan biarkan Putrajaya ambil mudah,” katanya lagi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
PRU-15 : PN Perak fokus isu perumahan, bantu 50,000 keluarga miliki rumah
November 17, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok