Adakah kepercayaan Melayu-Islam terhadap UMNO terus lenyap esok?

November 22, 2022 · Politik

Esok, 23 November 2022, seramai 26 ahli Parlimen (MP) UMNO yang menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu, akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, seorang demi seorang, bukan secara blok.

“Sesi menghadap secara individu ini dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok (23 November 2022) di Istana Negara, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan petang tadi.

Langkah memanggil 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), termasuk dua daripada MCA dan masing-masing satu daripada MIC dan PBRS, disebabkan parti itu menjadi penentu siapa yang mereka sokong sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

Terdapat hanya dua calon bagi jawatan berkenaan iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod PN dianggotai Bersatu, PAS, Gerakan, SAPP dan STAR.

PH pula dianggotai PKR, DAP, AMANAH, dan UPKO.

Berdasarkan apa yang berlaku pada pertengahan Ogos 2021, Yang di-Pertuan Agong telah memanggil menghadap 114 ahli Parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan, setelah Muhyiddin meletak jawatan akibat tekanan UMNO.

Mereka, yang dipanggil membuat pengesahan menyokong Ismail Sabri itu, termasuk semua ahli Parlimen PN, daripada Bersatu dan PAS. PN memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri kerana mahu melihat kestabilan negara, sedangkan BN adalah parti yang kalah teruk pada PRU 2018.

Akhirnya pada sebelah petang, Ismail Sabri dipersetujui menjadi Perdana Menteri kesembilan – dengan sokongan 100 peratus PN.

Bagaimanapun, majlis menghadap jam 10.30 pagi esok tidak sama seperti tahun lalu, kerana ahli Parlimen BN tidak menandatangani SD menyatakan sokongan mereka sama ada kepada Muhyiddin atau Anwar. Ini berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin BN yang mengatakan mereka tidak menandatangani apa-apa dokumen terbaharu, hari ini.

Sebaliknya, mereka akan dipanggil seorang demi seorang untuk ditanya siapa yang mereka sokong – Muhyiddin dan Anwar?

Dan, esok juga seluruh rakyat Malaysia akan tertumpu kepada Istana Negara untuk mendengar siapa Perdana Menteri kesembilan.

Jika, Anwar yang diumum sebagai Perdana Menteri, maka sudah pasti semua rakyat, termasuk ahli UMNO tahu bahawa pemimpin mereka hanya bermain-main dengan dasar parti iaitu ‘No Anwar, No DAP yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Pastinya akar umbi UMNO, yang sebelum ini telah menunjukkan kemarahan kepada tindakan presiden mereka Zahid Hamidi, akan bertambah marah sekiranya ahli Parlimen mereka bersetuju berpakat dengan PH yang dianggotai DAP, tidak mengotakan janji ‘No Anwar, No DAP’.

Apa yang disebut seorang penganalisis politik bahawa tindakan UMNO Perak bekerjasama dengan DAP membentuk kerajaan negeri telah menghakis kepercayaan bangsa Melayu-Islam terhadap parti itu.

Penganalisis Keselamatan dan Politik di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, juga melihat kerjasama di Perak itu menghakis identiti perjuangan UMNO.

Beliau berkata kerjasama itu boleh memberi kesan mendalam sehingga dikhuatiri mendorong kehilangan identiti asal UMNO sebagai parti gergasi menjaga kepentingan Melayu-Islam yang memperjuangkan sejak kemerdekaan tanah air dulu.

Ini kerana tujuan dan matlamat UMNO sejak ditubuhkan hinggalah sekarang masih sama, dan terkandung dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO iaitu:

UMNO adalah sebuah parti yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

1.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

1.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.

1.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

1.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

1.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

1.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Pemimpin dan ahli UMNO tidak lari daripada tujuan ini kerana ianya telah dicetuskan oleh akar umbi parti dan merupakan pegangan orang Melayu.

Terpulang kepada 26 ahli Parlimen UMNO itu esok, sama ada mahu menguburkan parti itu atau tidak.

Ketua Pengarang
Agenda Daily

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
2 jam lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
3 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
4 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
6 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok