Adakah cikgu akan ‘lepaskan’ anak murid dari kes mahkamah? Tun M

January 18, 2023 · Politik

Rakyat akan melihat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyelamatkan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, setelah Presiden UMNO memberi sokongan membolehkan Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri kesepuluh.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pejuangan Zahid hanya tertumpu kepada puluhan pertuduhan yang dihadapinya berkaitan rasuah di mahkamah.

Sebab itu, katanya Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberikan sokongan kepada Anwar.

“Perjuangan Zahid tertumpu kepada kemungkinan dia didapati bersalah. Walaupun sebelum PRU UMNO dakwa menolak Anwar dan DAP, tetapi untuk menyelamat dirinya, Zahid sanggup bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

“Anwar terima UMNO dan BN untuk mendapat 30 wakil rakyat BN. Zahid diberi jawatan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

“Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk “The Rule of Law”.

“Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam mesyuarat agong UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini (18 Januari 2023).

Zahid, 69, mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 23 Januari lalu, Hakim Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap semua tuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Menurut kenyataan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang yang juga seorang peguam, Hassan Karim, kelmarin, “TPM1 (Zahid) sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.”

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO paling lama mempersoalkan prestasi UMNO dalam pilihan raya sejak kebelakangan ini sentiasa menurun.

“UMNO biasa menang sehingga 109 kerusi dalam dewan. Tetapi hari ini, dalam PRU 15 UMNO menang hanya 26 kerusi. Jumlah kerusi menurun dari 109 kepada 79, naik sedikit kepada 88, tetapi pada PRU 14 turun kepada 54.

“Pada PRU 15 UMNO cuma dapat 26, kurang separuh berbanding PRU 14. Kenapakah sepanjang masa prestasi UMNO menurun. Sebabnya ialah kerana Presiden UMNO tidak pegang kepada asas perjuangan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama,” katanya.

“Pemimpin UMNO bertukar. Zahid mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Tetapi Zahid juga hadapi caj (pertuduhan) rasuah di mahkamah dan sedang dibicara.

“Walaupun UMNO menang di Melaka dan Johor tetapi dalam PRU-15 UMNO cuma dapat 26 kerusi. Penurunan prestasi UMNO disebabkan Presiden-Presiden yang menyeleweng. Perlembagaan UMNO memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli UMNO ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.

“Apakah ahli UMNO akan terus sokong UMNO?,” soal beliau.

Berita berkaitan
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
6 jam lalu· Isu semasa
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
PM lantik anak jadi penasihat kanan
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu · Politik
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
11 jam lalu · Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
11 jam lalu · Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
12 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok