Ada yang risik PN untuk bentuk kerajaan lepas PRU-15

October 27, 2022 · Politik

Ketika gendang perang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sedang rancak dipalu, nampaknya sudah ada wakil negeri yang mengintai peluang membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mendedahkan perkara itu malam tadi ketika berucap pada Program Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya.

Namun beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Tadi ada datang seorang wakil daripada sebuah negeri, saya rasa tidak usah sebut di sini. Wakil itu menyatakan komitmen untuk membantu dan menyokong kita bentuk kerajaan,” katanya.

Tegasnya, demi membentuk kerajaan PN perlu memenangi lebih 112 kerusi Parlimen pada PRU-15 nanti.

“Kita akan bertanding mungkin lebih daripada 130 kerusi, saya tak ingat tapi jumlah kerusi yang perlu dimenangi mestilah lebih 112 kerusi.

“Kami yakin ada gelombang dalam sehari dua nanti di mana gelombang itu akan menyebabkan BN kalah teruk. PN akan pastikan Malaysia dibersihkan daripada sampah politik yang dibawa BN. Kita tidak boleh terima lagi amalan rasuah,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen PN untuk membantu menangani masalah-masalah rakyat termasuk berkait isu kemiskinan dan kesihatan.

“Kami akan atasi masalah kemiskinan, wujudkan peluang perniagaan kepada golongan muda, memperkasa pendidikan dan kesihatan.

“Kami juga akan memastikan segala yang diumumkan pada Bajet 2023 akan ditunaikan termasuk bantuan khas penjawat awam sebanyak RM2,500.

“Jika kita dapati antara lainnya tidak sempurna dalam belanjawan ini dan ada dana lagi yang boleh digunakan maka kita akan perbaiki bajet yang dibentangkan itu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
22 jam lalu· Rencana
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
13 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok