Ada yang kepanasan lihat pertemuan Tun M, Hadi

May 3, 2023 · Politik

PAS mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan pertemuan dua tokoh politik, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut komponen Perikatan Nasional (PN) itu, pertemuan dua tokoh itu hanyalah sebahagian daripada ‘grand design’ agenda penyatuan ummah yang diusahakan PAS selama ini.

“Ada yang seperti cacing kepanasan melihat pertemuan dua tokoh besar pemimpin Melayu ini. Seolah-olah mereka terlalu gusar dengan agenda penyatuan pemimpin Melayu Islam yang semakin subur kebelakangan ini.

Mereka takut bila pemimpin Melayu berpakat, cakna dan perjuangkan nasib orang Melayu. Sehingga tergamak membayangkan orang Melayu hidup selesa dengan keistimewaan yang diperuntukkan dan bersikap angkuh dengan kaum-kaum yang lain,” kata PAS dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Sebelum ini Facebook Proklamasi Orang Melayu mendedahkan pertemuan pemimpin tersebut di mana Abdul Hadi dikatakan turut menandatangani proklamasi berkenaan.

Turut kelihatan Naib presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan penolong setiausaha agung Shahir Sulaiman.

Selain Dr Mahathir, turut kelihatan Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya dan Pengerusi Biro Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Menurut kenyataan sama, PAS berkata orang Melayu sudah banyak berlapang dada dan berkorban hingga sanggup menerima orang asing menumpang rezeki di tanah air mereka.

“Kini, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara berbilang kaum dan orang Melayu terima hakikat itu.

“Namun, jika Melayu tergugat mereka wajar diberikan kebebasan untuk bangun mempertahan maruah dan identiti bangsa agar terus dihormati di negara sendiri. Kita doakan agar agenda ini terus subur dan mekar dalam negara ini. Demi Ummah!,” katanya.

Berita berkaitan
Siasatan ke atas Sanusi episod hitam dalam negara, kata PAS
11 jam lalu· Politik
Akta Hasutan: Kertas siasatan dua pemimpin PN diserah kepada AGC
17 jam lalu· Politik
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023· Politik
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
4 jam lalu · Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
8 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
8 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok