Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin

October 6, 2022 · Politik

Terdapat usaha daripada parti lawan yang cuba memecah-belahkan persefahaman gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) kerana ukhwah baik yang terjalin selama ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu menggesa agar semua parti gabungan agar tidak terpengaruh dengan usaha-usaha daripada parti lawan yang cuba menimbulkan perpecahan antara sama lain sebaliknya menggesa agar kembali mengukuhkan dan memperkuatkan jentera parti.

“Kumpulan muafakat kita hari ini Perikatan Nasional kita ini mesti menjadi satu gerakan politik yang kuat dan kukuh… Tidak ada isu-isu yang boleh melemahkan kita.

“Memang bila sudah kita berada di sini dalam situasi yang agak lebih kuat dan kukuh ada pihak-pihak yang mahu memecahbelahkan kita,” katanya semasa Majlis Makan Malam PN Selangor malam ini.

Menurut Muhyiddin, langkah tersebut dilakukan oleh musuh politik yang bimbang dengan kekuatan dan perpaduan sesama parti dalam PN.

“Mereka takut pada kita, Mereka rasa bimbang dengan kekuatan dan perpaduan kita.

“Dan sebab itu mereka ambil satu cara baik secara langsung ataupun tidak langsung untuk memecahbelahkan kita,” terangnya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi semasa ucapannya juga menyentuh berhubung usaha pihak lawan tertentu yang cuba mencari jalan bagi memastikan semua parti dalam PN berpecah belah.

“Ramai musuh-musuh kita, mereka mahu memecahbelahkan kita, sudah tentu… Apabila ada kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi mengusik kebersamaan kita dalam Perikatan Nasional.

“Sebab itu saya katakan, musuh kita sentiasa ada nak memecahbelahkan PAS dalam Perikatan Nasional,” katanya.

Ahmad Yunus juga menafikan dakwaan laporan mengatakan PAS Selangor memboikot PN seperti yang dilaporkan oleh pihak media baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata mujur perkara tersebut disedari lebih awal kerana langkah pencegahan lebih awal dapat diambil bagi mengelak berlaku krisis yang lebih teruk tercetus sesama rakan dalam PN.

“Elok juga kita sedar, ada usaha sebegitu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini meletak tiga syarat kepada PAS yang perlu dipenuhi jika mahu terus bekerjasama dengan mereka, antaranya PAS perlu keluar daripada gabungan PN serta memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Berita berkaitan
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
5 jam lalu· Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
5 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
25 minit lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok