Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri

December 4, 2022 · Politik

Barisan Kabinet yang dibentuk dengan individu yang berdepan kes mahkamah dilantik memegang kuasa dalam kerajaan, tidak diketahui apa jenis kerajaan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang buat ketika ini.

Naib Presiden PAS, Dato seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pentadbiran yang dipimpin Perdana Menteri (PM) sekarang ini bukan kerajaan perpaduan seperti didakwa, malah ia tidak menepati kriteria dan syarat untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang diwar-warkan oleh Anwar itu.

“Di saat rakyat Malaysia memerlukan sebuah pembaharuan politik dan pentadbiran kerajaan tahap paling baik tetapi nampaknya kita berundur ke belakang dengan posisi kabinet yang ada.

“Saya pun tak tahu kabinet itu dipanggil kabinet apa tapi tentunya bukan kerajaan perpaduan kerana syarat kerajaan perpaduan itu, semua parti bersama dalam pembentukan kerajaan sebagaimana yang dilakukan di Afrika Selatan dan di United Kingdom suatu masa dahulu.

“Jadi tentunya kerajaan ini bukan kerajaan perpaduan tetapi kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH),” katanya dipetik laporan media.

Menteri Besar Terengganu itu juga berkata ramai yang menzahirkan rasa kecewa kerana anggota kabinet dilantik dalam kalangan bukan kalangan ahli yang bersih tetapi ‘kluster 47 kes mahkamah’.

“Saya rasa pertimbangan mereka dalam menentukan kabinet ini bukan melihat perkara yang sebegitu sebagaimana dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN).

“Mereka  lebih melihat untuk menjaga posisi masing-masing tanpa mempertimbangkan keperluan dan ada wakil-wakil daripada negeri-negeri ini menyebabkan kita lihat orang yang kalah dalam pilihan raya.

“Tapi oleh kerana hubungan yang rapat dengan  kepimpinan, mereka terpaksa lagi dilantik memegang jawatan yang sangat penting,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap pemerintahan baharu antara gabungan beberapa parti dapat bertahan lama bukan seperti 22 bulan dahulu.

“Jadi tengoklah berapa lama boleh bertahan kerajaan dibentuk dalam keadaan yang begitu rapuh ini.

“Saya percaya rakyat dahagakan perubahan yang lebih bersifat kekal berbanding dengan perubahan seperti ini,” tambah beliau.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan PAS sentiasa berjuang mempertahankan hak yang sewajarnya diperolehi rakyat dan negeri Terengganu.

“Kita mengambil sikap menghormati apa yang telah dinyatakan dalam perlembagaan dan telah membuat pembahagian kuasa diantara kerajaan negeri dan pusat pada senarai bersama.

“Dan kalau semua pihak memahami konsep ini insya-Allah saya percaya tidak ada kesan yang besar kepada negeri Terengganu kita.

“Sudah tentu saya percaya apa yang telah  termaktub dan di terima dalam  harus bergerak seperti mana keputusan lalu. Itu kita akan terus perjuangkan,” tambah Samsuri lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
7 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok