Ada kes mahkamah pun tak apa, janji lantik Zahid kerajaan stabil: Mat Maslan

December 4, 2022 · Politik

Keputusan melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dipertahankan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Setiausaha Agung UMNO itu tidak melihat kes mahkamah dihadapi Presiden itu sebagai penghalang bagi diberi jawatan tersebut memandangkan kerajaan akan stabil selepas ini, ia selepas Zahid sebelum ini pernah berkomplot dengan cikgunya menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Tidak pernah satu Kabinet pun yang tidak menerima kritikan…berapa banyak kali kita melihat ada satu perkara yang 100 peratus sempurna. Mesti ada pihak yang tidak bersetuju di sana sini.

“Jika kita memberikan kepada orang lain, selain Presiden (Ahmad Zahid), kestabilan itu agak tercabar. Kestabilan pertama dalam UMNO dan kedua dalam Kerajaan Perpaduan itu sendiri.

“Oleh itu kita ingin kestabilan dan mengikut hierarki parti satu perkara yang sesuai dibuat pada saat ini,” katanya dipetik laporan Bernama selepas menghadiri program ceramah di Kampung Pianggu, Rompin.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap cikgu kepada Zahid baru-baru ini melantik anak muridnya itu menjadi TPM.

Langkah melantik Zahid itu dikritik banyak pihak dan badan bukan kerajaan yang menyifatkan ia keputusan yang melanggar prinsip sebuah pentadbiran yang berintegriti dan bersih.

Ditanya mengenai penerimaan parti terhadap keputusan barisan jemaah Kabinet, Ahmad berkata maklum balas positif diterima daripada peringkat akar umbi parti.

“Kita sedar kita hanya ada 30 kerusi dan enam wakil (menjadi menteri) pada pandangan kita Alhamdulillah, walaupun kita meminta lebih. Kita tunggu senarai Timbalan Menteri pula,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
PMX geram tindakan akhbar Harakah siar gambar dengan bendera Israel
November 7, 2023
ADUN UMNO masih Ketua Pembangkang di DUN Selangor, kata Speaker
March 14, 2023
UMNO sebelum ini minta jawatan TPM juga, kata Faiz
June 23, 2022
Lagi Politik terkini
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok