Ada kes mahkamah boleh tanding PRU bukti standard integriti BN, PH rendah

November 7, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat boleh menilai parti mana yang lebih komited dan rela berkorban semata-mata untuk memastikan Malaysia bebas daripada rasuah dan selamat daripada cengkaman kleptokrasi.

Ini juga katanya, jelas apabila Perikatan Nasional memandang berat isu integriti sehinggakan, bukan sahaja semua calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu membuat akujanji antirasuah, malah menjalani tapisan ketat.

Menurut Pengerusi PN itu sekiranya mereka didapati mempunyai kes jenayah, sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah atas tuduhan rasuah, maka mereka tidak dibenar menjadi calon.

“Semua 171 calon Perikatan Nasional yang menjadi calon bertanding PRU-15 adalah bersih, sudah ditapis dan boleh menjadi calon,” katanya ketika melancarkan Tawaran PN BEST bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran, di Shah Alam, malam tadi (6 November 2022).

Namun, di sebelah pihak lain, kata bekas Perdana Menteri itu standard integriti mereka lebih rendah daripada Perikatan Nasional.

“Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang di sebelah sana mungkin juga mempunyai standard yang lebih rendah daripada Perikatan Nasional dalam isu integriti ini.

“Sebab itu orang yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah… mempunyai kes atas kesalahan jenayah, rasuah… pun dibenarkan bertanding dalam pilihan raya. Tapi itu masalah mereka… bukan masalah kita,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata komitmen Perikatan Nasional ialah untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang berintegriti, dan bebas daripada rasuah.

“Perikatan Nasional akan terus mempertahankan prinsip dan amalan pemisahan kuasa yang jelas bagi tiga cabang kuasa negara dan akan melindungi kebebasan badan kehakiman serta menjunjung kedaulatan undang-undang tanpa campur tangan politik selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip Rukun Negara.

“Jika diberi mandat oleh rakyat Kerajaan Perikatan Nasional akan juga terus melaksanakan Pelan Anti Rasuah Nasional,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok