Ada ADUN Sabah keluar parti tapi masih sayangkan Bersatu: Hamzah

January 9, 2023 · Politik

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata masih ada dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang keluar parti bulan lepas, berat hati meninggalkan Bersatu.

Menurutnya mereka yang mengikut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk keluar Bersatu berbuat demikian semata-mata untuk mengekalkan kestabilan kerajaan negeri.

“Saya telah bercakap dengan mereka (bekas ADUN Bersatu Sabah), ada yang kata bahawa hatinya masih bersatu dengan Bersatu.

“Tapi atas sifat untuk menentukan bahawa kepimpinan Sabah itu tidak bertukar so they would like to remain with Hajiji (Mereka ingin kekal bersama Hajiji,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu setelah mengadakan pertemuan dengan semua bahagian Bersatu, semalam (8 Januari 2023).

Tidak jelas bila Hamzah bertemu bekas ADUN Bersatu Sabah, atau berapa ramai daripada mereka yang masih setia kepada parti itu ‘secara rahsia’.

Hajiji mengetuai sebahagian besar ADUN Bersatu Sabah keluar daripada parti itu pada Disember 2022 sambil mendakwa mereka masih menjadi ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ini selepas GRS menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri dan bukannya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai isu lompat parti di peringkat Persekutuan membabitkan empat ahli Parlimen Bersatu yang kini sedang diperhalusi oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.

Mereka yang melompat parti mendakwa membatalkan keahlian dalam Bersatu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15, dengan menyertai GRS sebagai ahli langsung.

‘UMNO patut ikut perjanjian’

Di sebalik pengkhianatan itu, Hamzah yang merupakan ketua pembangkang Parlimen berkata, kestabilan di Sabah adalah penting.

Justeru, beliau berkata BN dan UMNO Sabah sepatutnya mengotakan janji pada 2020 untuk menyokong Hajiji sebagai ketua menteri.

“Hajiji dilantik mengikut apa yang dinyatakan dalam perjanjian sementara itu… UMNO patut ikut perjanjian itu,” katanya, lapor Malaysiakini.

BN dan Bersatu menjalinkan kerjasama pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Pada Jumaat lalu, BN Sabah yang mempunyai 17 kerusi menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Ini selepas Hajiji memecat Datuk Salleh Said Keruak sebagai pengerusi Qhazanah Sabah dan usaha untuk merombak Kabinet negeri.

Bagaimanapun, rampasan kuasa yang dirancang itu gagal selepas lima ADUN BN Sabah mengekalkan sokongan kepada Hajiji yang kini mempunyai memperoleh 44 akuan berkanun (SD) untuk terus berkuasa.

Berita berkaitan
Apa beza keluarga Anwar dengan Trump? soal Wan Fayhsal
4 jam lalu· Politik
Kena jaga hati parti dalam kerajaan, PM ulas jika bekas ahli UMNO masuk PH
6 jam lalu· Politik
Nepotisme dan Kronisme: Bad Governance!
6 jam lalu· Politik
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
12 jam lalu· Politik
Popular
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023
Terima Khairy masuk PKR, nanti UMNO terguris hati macam mana? soal Aminuddin
January 29, 2023
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
January 29, 2023
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023
Lagi Politik terkini
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
12 jam lalu · Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
12 jam lalu · Politik
Pembersihan UMNO hampir sama dengan langkah PKR pada 2020 pecat pemimpin sendiri
16 jam lalu · Politik
Lawan lempar tuduhan, hanya cubaan rosakkan imej PAS-PN
16 jam lalu · Politik
UMNO sekarang hanya menumpang orang untuk dapat jawatan: Ku Li
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
13 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok