5 ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji masih tunggu keputusan lembaga disiplin

February 25, 2023 · Politik

Lembaga Disiplin UMNO masih belum membuat keputusan melibatkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang melanggar keputusan parti itu apabila menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kelima-lima ADUN UMNO Sabah itu sebelum ini menyokong kerajaan dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ahli Parlimen Putatan merangkap ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya berkata, Lembaga Disiplin UMNO akan membuat keputusan, jadi beliau tidak boleh mendahului keputusan yang akan dibuat oleh lembaga berkenaan.

“Saya seorang daripada ADUN UMNO Sabah yang dipanggil Lembaga Disiplin untuk membuat pembelaan atas pertuduhan yang telah dinyatakan.

“Maka, kita berserah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk membuat keputusan jadi, kita tunggulah,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Lima ADUN UMNO yang dipanggil Lembaga Disiplin ialah Shahelmey (Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin) yang sebelum ini menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Pada 6 Januari lalu, Bung Moktar mengumumkan sebahagian ADUN UMNO menarik sokongan daripada Hajiji Noor dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Namun, lima ADUN yang dipanggil Lembaga Disiplin itu menandatangani akaun bersumpah (SD) bagi menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
18 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu · Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu · Politik
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
12 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
14 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok