4 tawaran calon Perikatan Nasional kepada pengundi Simpang Renggam

November 17, 2022 · Politik

Calon Perikatan Nasional Parlimen Simpang Renggam, Mohd Fazrul Kamat mengumumkan empat tawaran baharu sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Beliau berkata, tawaran tersebut tidak diberitahu sebelum ini dan diumumkan dalam masa berbaki dua hari sebelum tamat tempoh berkempen.

“Empat tawaran baharu ini segaja dilewatkan untuk dimaklumkan sebagai usaha terakhir memikat pengundi selepas melihat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

“Perkara utama yang menjadi taruhan adalah ingin membawa suara Simpang Renggam dan peranan di Dewan Rakyat dengan menubuhkan jawatankuasa khas mengumpulkan kepakaran tempatan, pemimpin komuniti, badan bukan kerajaan untuk membincangkan dan membawa isu setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa berkempen di pekan Simpang Renggam, hari ini (17 November 2022).

Pada PRU-15, Mohd Fazrul akan berdepan calon Pakatan Harapan Dr Maszlee Malik, calon Barisan Nasional Datuk Seri Hasni Mohammad dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Kamal Kusmin.

Katanya, tawaran itu bertujuan membawa isu setempat ke Dewan Rakyat untuk perhatian segera selain membincangkan polisi dan dasar nasional di peringkat kebangsaan yang terkait secara langsung dengan kehidupan orang-orang Simpang Renggam.

“Tawaran kedua adalah membangun dan memperkasakan ekonomi penduduk setempat dengan menjadikan Simpang Renggam sebagai hab ekonomi digital luar bandar yang memfokuskan produk asas tani, buatan sendiri dan produk makanan,” ujarnya.

Anak jati Kampung Perak di Machap di Simpang Renggam itu juga menawarkan Simpang Renggam sebagai Parlimen yang prihatin, berkebajikan dan membela.

Ujarnya, melalui tawaran itu juga akan memperkenalkan kupon barangan asas makanan sebagai strategi serampang dua mata iaitu memperkasakan perniagaan runcit tempatan dan membantu golongan kurang berkemampuan.

Sementara tawaran terakhir katanya, adalah kebajikan untuk anak muda tempatan dengan menyediakan hab premis perniagaan dengan konsep gerai pihak berkuasa tempatan dan memfokuskan bidang kemahiran melalui kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak akan menjanjikan sesuatu yang di luar kemampuan kerana tidak mahu masyarakat setempat terjerat dengan janji yang tidak tertunai yang secara tidak langsung memberikan kesan pada perkhidmatan saya nanti,” katanya.

Beliau amat berharap, lebih ramai lagi masyarakat setempat memberikan sokongan kepadanya agar dapat menjadi anak tempatan pertama berkhidmat sebagai wakil suara rakyat di Simpang Renggam.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
17 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
17 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
50 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok