4 kerusi DUN Pulau Pinang dikosongkan tiada PRK, kata SPR

March 7, 2023 · Politik

Tiada keperluan untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, kata Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

Empat kerusi DUN berkenaan ialah Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Telok Bahang selepas pengisytiharaan semalam dibuat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di DUN, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata SPR telah menerima pemakluman daripada Speaker DUN Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang melalui surat semalam berhubung status kekosongan luar jangka empat kerusi DUN itu selepas usul pengisytiharan kekosongan di bawah perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

“Berdasarkan pemakluman tersebut dan mengambil kira proviso di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, tiada keperluan untuk SPR mengadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka memandangkan DUN Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun,” katanya.

Sidang DUN Pulau Pinang semalam meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu.

Empat ADUN berkenaan ialah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) turut diarah keluar meninggalkan dewan.

Berita berkaitan
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Ketua Menteri umum empat ADUN angkat dari PH di kerusi Bersatu
March 8, 2023· Politik
Bersatu bidas tindakan terhadap 4 ADUN Pulau Pinang, dakwa bermotif politik
March 7, 2023· Politik
Usul kekosongan DUN Pulau Pinang lulus walaupun wakil rakyat tak lompat parti
March 6, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
20 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok