4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah

October 1, 2022 · Politik

Yang di-Pertuan Agong boleh menolak nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, menurut BH yang memetik pendapat seorang pensyarah undang-undang.

Akhbar itu memetik Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, yang menggariskan empat faktor yang boleh dijadikan asas kepada penolakan Agong untuk tujuan pembubaran Parlimen.

Pertama, adalah berkaitan diri Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri itu sendiri.

Katanya PM ketika ini tidak mewakili sebuah parti atau gabungan parti secara ‘solid’ (kukuh), sedangkan amalan sebelum ini (ketika kerajaan diwakili satu parti yang kukuh) ialah nasihat PM sudah dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan.

“Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan.

“”Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep ‘tanggungjawab bersama’ sepertimana di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Kedua, katanya sebagaimana keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat perisytiharan darurat berteraskan kepentingan awam, maka tidak mustahil nasihat PM untuk pembubaran Parlimen juga ditolak berasaskan kepentingan awam.

“Kepentingan awam boleh merujuk kepada beberapa faktor termasuk ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada musim tengkujuh dan faktor pembaziran jika PRU di peringkat Parlimen tidak berjalan serentak dengan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri.

“Faktor ketiga, tindakan Yang di-Pertuan Agong yang mungkin tidak membubarkan Parlimen serta-merta walau pun selepas dinasihati Perdana Menteri tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah seperti peruntukan Perkara 32,” katanya.

Faktor keempat, katanya adalah disebabkan rakyat terpaksa mengundi ketika musim tengkujuh dan PRU sebelum urusan Bajet 2023 tidak disempurnakan dengan baik oleh kerajaan, serta risiko pembaziran akibat pilihan raya tidak serentak adalah satu langkah tidak popular dan bertentangan dengan sentimen umum rakyat.

“Sebarang tindakan Yang di-Pertuan Agong yang selari dengan kehendak rakyat sukar dipersoalkan walau pun ia kelihatan luar biasa,” katanya.

Maka, mengambil kira empat faktor itu, Dr Muhammad Fathi menjangkakan tidak mustahil nasihat pembubaran Parlimen oleh PM akan ditolak.

“Adalah lebih baik bagi Perdana Menteri mengutamakan keputusan Kabinet berbanding keputusan partinya.

“Jika Yang di-Pertuan Agong pernah menolak nasihat Perdana Menteri dan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober 2020, maka tidak mustahil baginda juga menolak pembubaran Parlimen jika dinasihati oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini,” katanya.

Dr Muhammad Fathi berkata walaupun Kabinet tidak setuju pembubaran dilaksanakan, namun tidak mustahil PM akan bertindak juga mengikut kehendak partinya yang mahukan Parlimen dibubarkan segera.

Katanya, jika mengikut konvensyen Perlembagaan dan kefahaman peruntukan Perlembagaan secara literal iaitu Perkara 55(2), Yang di-Pertuan Agong perlu membubarkan Parlimen atas nasihat PM di bawah Perkara 40.

“Berbeza dengan pembubaran akibat hilang sokongan majoriti di bawah Perkara 43(4) dan 40(2)(b) yang boleh dilakukan atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Dalam situasi pelbagai parti menguasai kerajaan negeri, katanya, maka langkah yang paling tepat ialah mewujudkan persefahaman dengan parti berbeza berkaitan waktu pembubaran Parlimen dan DUN.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar
June 16, 2023
Akar umbi tolak Anwar, tapi Presiden mahu pula: Ismail Mohamed
April 25, 2021
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok