383 calon tanding pemilihan UMNO

March 1, 2023 · Politik

Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) memaklumkan seramai 383 calon layak bertanding pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 pada peringkat pusat.

Pengerusi JPU, Tan Sri Shahrir Samad berkata lapan orang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden, diikuti 95 calon bagi Ahli Majlis Tertinggi (MT); Pengerusi Tetap (dua orang), manakala Timbalan Pengerusi Tetap (10 orang) yang kesemuanya berjumlah 115 orang.

“Pada 26 Februari kita telah menerima calon di peringkat tertinggi seramai 115 calon yang mendaftarkan diri dan kita telah melakukan semakan dari segi kelayakan.

“Manakala 95 orang bagi Ahli MT,” katanya menerusi Wawancara Khas Sempena Pemilihan UMNO yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, malam tadi.

Dalam pada itu, Shahril berkata pertandingan ini memberikan signifikan tersendiri apabila ramai dalam kalangan pemimpin muda yang menawarkan diri.

Menurutnya ini kerana jawatan Exco Pergerakan Pemuda mencatatkan jumlah pencalonon tertinggi dengan 113 orang.

“Pemilihan membuka peluang dan yang menyambut paling ramai di peringkat Exco Pergerakan Pemuda… maknanya bagi saya yang melihat keadaan ini ramai muka baharu lebih ramai daripada yang biasa-biasa.

“Ini menunjukkan sudah berani untuk menawarkan diri yang mencuba, mempamerkan diri dan bertanding secara sihat,” katanya.

Berikut merupakan jumlah pencalonan bagi Wanita, Pemuda dan Puteri:

Wanita 

Pengerusi Tetap: 2 orang
Timbalan Pengerusi Tetap: 4 orang
Ketua: 2 orang
Naib Ketua: 2 orang
Ahli Jawatankuasa (Exco): 60 orang
Jumlah: 70 orang

Pemuda 

Pengerusi Tetap: 7 orang
Timbalan Pengerusi Tetap: 13 orang
Ketua: 5 orang
Naib Ketua: 4 orang
Ahli Jawatankuasa (Exco): 113 orang
Jumlah: 142 orang

Puteri

Pengerusi Tetap: 2 orang
Timbalan Pengerusi Tetap: 2 orang
Ketua: 6 orang
Naib Ketua: 3 orang
Ahli Jawatankuasa (Exco): 43 orang
Jumlah: 56 orang

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok