38 MP UMNO boleh pilih sokong PM semasa pengundian di Parlimen

July 8, 2021 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak membuat kenyataan penuh dan benar berhubung rumusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi sebaliknya hanya memilih memberi kenyataan tertentu yang telah dirancang awal.

Pada sidang media secara maya awal pagi tadi selepas mesyuarat MT itu, Zahid hanya menyatakan UMNO menarik balik sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sedikit sahaja isu berkaitan kerjasama dan jajaran baharu UMNO-DAP-PKR-AMANAH.

Sebaliknya rumusan penting dalam mesyuarat itu seperti memberi kebebasan kepada semua 38 Ahli Parlimen (MP) UMNO untuk memilih sama ada menyokong atau tidak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen yang akan bersidang bermula 26 Julai ini.

Utusan Online yang memetik sumber mendakwa Zahid memberi kebebasan berbuat demikian pada mesyuarat itu tetapi tidak mengumumkannya ketika sidang medianya.

“Isu kebebasan kepada ahli Parlimen UMNO itu menjadi sebahagian daripada perkara yang terkandung ketika Presiden merumuskan hasil mesyuarat MT UMNO malam tadi.

“Tetapi tidak dinyatakan oleh Presiden, memang perkara itu ada dalam penggulungan (Presiden) . Saya tidak tahu mengapa perkara itu tidak disebut sewaktu sidang akhbar,” kata sumber itu.

Sumber berkenaan juga mendedahkan Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membantah keras keputusan untuk menarik balik sokongan itu kerana jentera parti tidak bersedia untuk ‘berperang’

“Tajuddin juga mempersoalkan mengenai bentuk jajaran baharu yang akan dibuat oleh UMNO jika tidak mahu lagi bekerjasama dengan PN.

“Tajuddin cakap dia menjelaskan perkara itu berdasarkan statistik yang dikumpul ketika turun padang dari negeri ke setiap negeri, tapi Presiden diam sahaja tidak menjawab persoalan tersebut,” ujar ahli MT itu lagi.

Terdahulu bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Zahid tersebut menyeleweng daripada topik perbincangan yang berjalan malam tadi atau dalam erti kata lain yang dibincang tapi lain pula yang keluar dari mulutnya semasa membaca perutusan sidang media itu.

“Sebaik saja Presiden UMNO selesai membuat kenyataan media lewat tengah malam tadi, saya dihubungi beberapa ahli MT yang menyatakan kenyataan media Presiden tidak menggambarkan keputusan mesyuarat MT,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Annuar mendedahkan hasil daripada maklumat yang diperolehnya, kenyataan media semasa siaran sidang media tersebut sudah dirancang lebih awal sebelum berlangsung mesyuarat MT jam 8.30 malam tadi.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok