30 hari lagi dijangka PRU-15 diadakan

October 16, 2022 · Politik

Dijangkakan 30 hari lagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal diadakan selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Kebiasaannya, PRU-15 akan diadakan selepas selepas lima atau enam minggu sebaik Parlimen dibubarkan dan bermakna ia akan diadakan kurang 60 hari seperti ditetapkan mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Mengambilkira faktor tersebut, semua parti politik mempunyai selama sebulan lagi untuk melakukan persiapan dan persediaan jentera kempen pilihan raya masing-masing.

“Kalau enam minggu, bermakna kita ada masa sebulan lagi, itu sampai tempoh hari mengundi.

“Penamaan calon biasa dua minggu sebelum hari mengundi, kempen biasanya 14 hari. Jadi congak sendiri bila penamaan calon dan hari mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat 20 Oktober ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

“Maknanya sudah dekat sangat, sebab itu hari ini kita lancarkan jentera parti di Bera dan kita juga dalam mesyuarat khas malam tadi memutuskan semua cawangan mesti buka bilik gerakan bermula esok atau malam ini,” kata Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Berhubung peluang UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRU-15 kali ini, Ismail Sabri berkata senario tersebut sudah berubah kerana episod kekalahan pada PRU-14 lalu dan menggesa semua pihak tidak mengambil mudah kekuatan pihak lawan.

“Dulu UMNO dan BN bila PRU jangkaan kita mesti menang dan boleh memerintah. Masuk PRU gerenti menang dan bentuk kerajaan. Putrajaya milik kita, itu dulu.

“Peristiwa PRU14 jangan kita lupa dan ambil mudah, tiada gerenti lagi apabila kita memasuki PRU selepas PRU14. Sebab itu kerja kita mesti berbeza dari dulu, kuat dari dulu untuk memastikan kemenangan,” katanya lagi.

Ismail Sabri terdahulu pada 10 Oktober membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 selepas menerima tekanan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berterusan meminta PRU-15 diadakan segera pada tahun ini juga walaupun menyedari musim tengkujuh semakin hampir tiba.

Namun, Ismail Sabri sebaliknya menyalahkan Jemaah Menterinya sebagai punca pembubaran Parlimen ekoran surat yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan tidak bersetuju PRU-15 diadakan pada tahun ini mengambilkira musim banjir semakin dekat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
14 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
47 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
57 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok