25 Parlimen di Sabah ‘kerusi panas’

October 9, 2022 · Politik

Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Seri Azizah Mohd Dun menyifatkan semua 25 kerusi Parlimen di negeri ini adalah ‘kerusi panas’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau turut mengakui kerusi Parlimen Beaufort yang disandangnya selain Parlimen Sepanggar antara menjadi rebutan parti lain.

“Saya ingat bukan saja di Sepanggar tetapi di seluruh kawasan Parlimen di 25 Bahagian semuanya ‘hot seat’. Semua orang menawarkan diri menjadi calon.

“Kadang-kadang dalam satu parti itu bukan seorang saja malah dua atau tiga orang mengemukakan diri untuk menjadi calon dan sibuk bekerja, itu perkara biasa.

“Bukan lagi rahsia orang mahu menjadi calon (Parlimen Beaufort), menarik kan. Kalau kita lihat ahli Parlimennya sibuk bekerja, boleh membawa macam-macam, akhirnya semua orang suka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Srikandi dan Armada Sepanggar, di Kolombong, hari ini (9 Oktober 2022).

Untuk rekod, hanya kerusi Parlimen sahaja akan ditandingi di Sabah, setelah Pilihan Raya Negeri diadakan pada 26 September 2020 lalu yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) sebelum membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Barisan Nasional (BN).

Bercakap mengenai calon daripada Srikandi, beliau memaklumkan pihaknya sudah menghantar lima senarai nama calon wanita kepada pucuk pimpinan termasuk Parlimen Beaufort.

“Seperti mana kita sebutkan dulu, kita telah mengemukakan senarai nama-nama calon kepada pucuk pimpinan dan terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukan berapa ramai dan siapa yang akan menjadi calon serta di mana mereka akan bertanding.

“Kita hantar nama lima Parlimen termasuk di Beaufort, namun itu semua keputusan pucuk pimpinan tetapi dari segi mempertahankan, tidak semestinya kita menjadi calon untuk mempertahankan.

“Kita mempertahankan atas dasar parti, bila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding dan sudah menentukan calonnya siapa, kita akan memberikan sokongan untuk memastikan calon,” katanya. – BeritaBersatu

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Bawa usul percaya bermakna PM belum ada kepercayaan majoriti MP
December 1, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
3 jam lalu · Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
11 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
10 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok