20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini

November 19, 2022 · Politik

Lebih 20 juta pemilih berdaftar akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hari ini bagi memilih wakil rakyat kawasan masing-masing untuk tempoh lima tahun akan datang.

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah yang tertangguh ekoran proklamasi darurat bagi mencegah penularan Covid-19.

Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan dibuka bermula 8 pagi manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 7.30 pagi.

Mengikut Warta Kerajaan mengenai penetapan waktu mengundi PRU-15 yang dimuat naik di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang.

Namun, ada pusat mengundi akan ditutup lebih awal antaranya Balai Raya Pulau Besar di dalam daerah mengundi Pulau Besar di Johor yang hanya mempunyai satu tempat mengundi, akan ditutup pada 11 pagi.

Di Sabah, Sarawak dan Labuan pula pusat mengundi akan ditutup antara 11 pagi hingga 5.30 petang.

Menurut kenyataan SPR pada 20 Okt lepas, sebanyak 8,958 pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat mengundi akan dibuka di seluruh negara untuk PRU15.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU-15 mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun akan mengundi buat kali pertama pada PRU15 ini susulan pelaksanaan Undi18.

Pengundian awal telah berlangsung pada Selasa lepas yang menyaksikan 94.72 peratus atau 212,961 pengundi melibatkan anggota keselamatan dan pasangan melaksanakan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah tidak akan diadakan bersekali dengan PRU-15 hari ini susulan kematian calon Pakatan Harapan yang juga penyandang kerusi itu M. Karupaiya pada Rabu lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan semalam berkata PRU15 bagi Parlimen itu ditetapkan pada 7 Dis depan manakala hari penamaan calon pada 24 Nov dan hari mengundi awal pada 3 Dis.

Selepas proses penamaan calon PRU-15 pada 5 Nov lepas, seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut 222 kerusi Parlimen di seluruh negara, yang teramai dalam rekod Pilihan Raya Umum negara.

Berikutan pilihan raya Parlimen Padang Serai diadakan berasingan, seramai 939 calon akan bertanding hari ini bagi merebut 221 kerusi Parlimen.

Karupaiya, 69, sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU15.

Sementara itu, seramai 441 calon akan bersaing untuk merebut 117 kerusi DUN di Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah.

Bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pengundi yang positif Covid-19 perlu melaporkan status kesihatan mereka dalam aplikasi MySejahtera masing-masing untuk mendapatkan pemakluman mengenai garis panduan mengundi.

Mereka juga wajib memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing. Pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain pula adalah amat digalakkan.

Dalam pada itu, SPR dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa penggunaan telefon bimbit di tempat mengundi adalah tidak dibenarkan pada PRU-15.

Menurut SPR, pengundi yang membawa telefon bimbit perlu meletakkan gajet itu di tempat yang disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula selepas selesai mengundi.

Sebagai peringatan, notis dan poster larangan penggunaan telefon bimbit akan diletak di luar dan di dalam tempat mengundi.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok