1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low

June 7, 2023 · Politik

1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk meneruskan saman berjumlah US$2.795 bilion terhadap rakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, iaitu Eric Tan Kim Loong, yang diisytiharkan muflis.

Peguam Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili 1MDB berkata Penolong Kanan Pendaftar Haneefa Ariffin membenarkan permohonan 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Ltd, yang dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited selaku pemohon pada prosiding kes itu hari ini, menurut laporan Bernama.

Siva Kumar berkata berikutan keputusan mahkamah hari ini, permohonan 1MDB untuk meneruskan tuntutan saman terhadap Tan boleh diteruskan walaupun beliau diisytiharkan muflis.

“Apabila seseorang itu muflis, maka tindakan mahkamah tidak dapat diteruskan kecuali dengan kebenaran mahkamah dan kebenaran hari ini diperoleh anak guam saya,” katanya ketika dihubungi.

1MDB bersama empat anak syarikatnya memfailkan permohonan itu pada 2 Mei lepas dengan menamakan Tan sebagai penghutang penghakiman dan kerajaan Malaysia sebagai pemiutang penghakiman.

Dalam permohonan itu, kelima-lima syarikat tersebut memohon diberikan kebenaran untuk meneruskan saman terhadap Tan antaranya atas alasan berlakunya beberapa kausa tindakan termasuk pecah amanah, pelanggaran tugas fidusiari dan konspirasi yang kesemuanya berlaku sebelum Tan diisytiharkan bankrap pada 14 Jun 2022.

Mohd Hisyamuddin Awang Abu Bakar, selaku pengarah 1MDB menerusi afidavit sokongannya yang difailkan bersama permohonan itu mendakwa, antara 1 Okt 2009 dan 7 Nov 2014, Tan menerima secara tidak jujur dana berjumlah US$2.795 bilion tanpa sebarang tujuan komersial yang sah.

Menurutnya, Tan tidak sepatutnya menyimpan dana berkenaan dan bertanggungjawab untuk mengembalikan wang tersebut kepada pemohon-pemohon.

Pada 14 Jun 2022, Tan diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas gagal melunaskan cukai pendapatan RM68,334,219.01 kepada kerajaan.

Berdasarkan petisyen pemiutang, kerajaan memohon satu perintah kebankrapan dibuat mengenai harta kepunyaan Tan selaku penghutang kerana beliau berhutang dengan kerajaan sebanyak RM68,334,219.01 yang jumlah tersebut termasuk faedah dan kos dan ia merupakan tuntutan cukai pendapatan belum dibayar.

Sebelum ini, 1MDB dan empat anak syarikatnya menamakan Tan, bersama Jho Low dan empat ahli keluarganya Tan Sri Larry Low Hock Peng, Puan Sri Goh Gaik Ewe, Low Taek Szen dan Low May Lin dalam satu saman berbilion ringgit yang difailkan pada 7 Mei 2021.

Berita berkaitan
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Permohonan Najib ketepi injunksi saman 1MDB beku aset RM681 juta ditolak
September 27, 2023· Isu semasa
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
35 minit lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok