19 NOVEMBER MENGUNDI

October 20, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini (Khamis, 20 Oktober 2022) menetapkan 19 November 2022 sebagai tarikh pemilih akan membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mesyuarat suruhanjaya itu hari ini berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November 2022.

Bagi pengundian awal pula, tarikh 15 November 2022 dipilih.

Sebelum ini, tempoh berkempen pada PRU-14 adalah 11 hari manakala PRU-13 adalah 15 hari.

Ketika mengumumkan tarikh tersebut di Pejabat SPR di Putrajaya, beliau juga memberitahu seramai 21,173,638 pemilih layak mengundi pada PRU-15.

PRU-15 kali ini melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Perlis (15 kerusi), Pahang (42) dan Perak (59), serta Sabah (satu).

Sabah (kecuali DUN Bugaya), Melaka, Johor, Sarawak telah pun mengadakan PRN masing-masing, manakala Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang, telah memilih untuk tidak berbuat demikian.

Berikut adalah tarikh penting PRU-15

Tarikh writ PRU-15: 20 Oktober 2022;
Hari penamaan calon: 5 November 2022;
Hari mengundi awal: 15 November 2022; dan
Hari pengundian: 19 November 2022.

SPR mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tarikh pengundian dan pencalonan bagi PRU-15 selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
18 minit lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
19 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
14 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok