15 ADUN Melaka naik bas ke Istana Negara esok

October 6, 2021 · Politik

Lima belas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang meyokong Pakatan Harapan (PH) termasuk empat wakil rakyat yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan UMNO, akan menaiki bas ke Istana Negara esok.

Mereka dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi mempersembahkan masalah dan kemelut pentadbiran kerajaan negeri yang telah tumbang itu.

Kelmarin, kerajaan UMNO Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tumbang setelah empat ADUN, termasuk dua daripada UMNO, Bersatu, dan Bebas, menarik sokongan mereka, menyebabkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bertemu Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN.

ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mengesahkan mereka akan ke Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Esok kami akan menaiki bas ke Istana Negara dan cadangan ini sudah dipersetujui semua pihak. Cadangkan ini (menghadap) disuarakan Datuk Seri Idris Haron (ADUN Sungai Udang) dan esok kami akan bertolak ke istana,” katanya.

Terdahulu, Norhizam, meluahkan ketidakwajaran keputusan pembubaran DUN Melaka memandangkan dia bersama tiga lagi ADUN dan 11 ADUN daripada PH masih belum menerima sebarang maklum balas sama ada daripada pejabat Ali Rustam mahupun Istana Melaka.

Memetik laporan BH, Norhizam turut mendakwa terdapat ‘double standard’ dalam keputusan dibuat itu walaupun pihaknya sudah membentuk majoriti secara fizikal.

“Pandangan kami pengisytiharan pembubaran DUN secara tergesa-gesa semalam bertentangan dengan apa yang diamalkan di pentadbiran Pusat oleh Agong.

“Di peringkat Pusat, sebelum membuat keputusan, baginda mendapatkan nasihat daripada semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hakim dan peguam negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebelum satu keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara,” katanya.

Norhizam berkata, situasi di Melaka juga tidak boleh disamakan dengan Sarawak memandangkan Kerajaan Sarawak ketika ini masih mempunyai majoriti, tetapi di Melaka kerajaan sudah tumbang dan hilang majoriti.

“Adalah tidak adil untuk lantik kerajaan yang sudah tumbang sebagai ‘care taker’ sementara menanti keputusan SPR melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau pengisytiharan darurat untuk dilaksanakan,” katanya.

Berita berkaitan
PRU-15: PM sedang tunggu waktu sesuai, perlu beri isyarat betul
July 24, 2022· Politik
RUU larang MP bertukar parti demi kestabilan politik, kata Wan Junaidi
July 23, 2022· Politik
UMNO desak tamat MoU, Annuar kata MoU dengan PH sehingga bubar Parlimen
July 21, 2022· Politik
Pelan B UMNO didedah Mat Maslan boleh cetus krisis politik baharu
July 13, 2022· Politik
Popular
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Lagi Politik terkini
Lebih baik GTA sertai PN
10 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
16 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
17 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok