13 cabang PKR perlu jalani pemilihan semula Jumaat dan Sabtu ini

May 25, 2022 · Politik

PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa berkata undian semula secara fizikal Jumaat ini melibatkan cabang Tumpat, Ketereh, Bachok, Pengkalan Chepa, Gua Musang dan Tanah Merah di Kelantan, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata undian pada hari Sabtu ini pula membabitkan cabang Dungun, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman (Terengganu); Padang Serai (Kedah); Hulu Selangor (Selangor) dan Kota Kinabalu (Sabah).

“Cabang terlibat akan mengadakan pengundian semula selaras dengan Notis Penangguhan Pengundian terdahulu. Pusat-pusat pengundian akan dimaklumkan secepat mungkin,” katanya menerusi notis makluman yang dimuat naik di Facebook rasmi Pemilihan PKR 2022, hari ini.

Sebelum ini JPP memaklumkan undian semula terpaksa dilakukan di 13 cabang berkenaan disebabkan beberapa masalah termasuk isu teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

Susulan itu tarikh keputusan tidak rasmi pemilihan peringkat MPP dan Cabang turut dipinda dan tarikhnya akan dipaparkan di laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022 Ahad ini.

Tarikh pencalonan bagi pemilihan 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Majlis Pimpinan Wanita turut dipinda pada Ahad.

Berita berkaitan
Puad pertahan kritikan terhadap Rafizi berhubung isu ‘formula’
June 7, 2023· Politik
Pencarum faham langkah kerajaan tak benarkan keluar KWSP: MB Selangor
June 5, 2023· Isu semasa
Hassan akui dikecam penyokong PMX, enggan jadi pembodek
June 5, 2023· Politik
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
June 4, 2023· Politik
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu · Politik
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok