Benarkah Anwar meletak syarat tidak masuk campur dalam kes mahkamah sehingga menyebabkan anak muridnya yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak menarik balik sokongan daripada menjadi PM?
Baru-baru ini, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mengakui ada menandatangani SD menyokong Anwar semasa krisis politik tahun lalu selepas diarah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut menamakan Najib turut melakukan perkara sama.
“Saya tidak kata UMNO secara keseluruhan, saya fokus kepada tiga orang, Najib, Zahid, Anwar, dia yang mengatakan kita pengkhianat, nak bekerjasama sana sini, sebenarnya dia senyap senyap buat kerja, senang-senang dia boleh menipu rakyat, bersumpah sana, bersumpah sini.”