“Saya sarankan UMNO kembali ke pangkal jalan. Tiga tahun sekali pemilihan sudah cukup panjang. Dalam keadaan yang sangat terkecuali, penangguhan tidak lebih dari enam bulan adalah patut dan memadai.”
Dalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut.
Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012, iaitu dua tahun sebelum PRU14, saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul, tetapi masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya.
Dulu, apabila seseorang itu ditangkap atau dituduh kerana sesuatu kesalahan, misalnya mencuri, adik-beradiknya mengatakan dia dianiaya.
Kes berkenaan difail oleh sekumpulan ibu warganegara Malaysia yang suami mereka bukan warganegara Malaysia, memohon perisytiharan bahawa anak-anak mereka yang dilahirkan di luar Malaysia, adalah warganegara Malaysia dengan kuat kuasa undang-undang.
Dalam tahun 1946, apabila Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union, Raja-Raja Melayu hampir menyerahkan kesemua kuasa mereka kepada penjajah British. Nasib baiklah orang Melayu sedar akan kesilapan itu dan bangun menentangnya.
Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, ada tiga cara ordinan-ordinan yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong) pada masa proklamasi darurat sedang berkuat kuasa, akan terhenti berkuat kuasa:
Saya merujuk kepada berita rencana bertajuk “Agong needs own legal privy council to counter AG” (Agong perlukan privy council sendiri untuk menentang Peguam Negara) yang disiar oleh The Vibes pada 16 Julai 2021.
Dalam mesyuaratnya pada malam 07 07 2021, Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) membuat keputusan menarik diri daripada Kerajaan PN serta-merta.
Tanpa disangka, penulisan saya dan Profesor Datuk Dr Shamrahayu bertajuk “Perbincangan Yang di-Pertuan Agong Dengan Pemimpin Politik….”, telah menarik begitu banyak respons. Antaranya termasuklah yang mengatakan kami menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, biadab dan sebagainya.