Kerana penyakit gila kuasa UMNO sedang gali kubur sendiri

July 10, 2021

Dulu orang Melayu menyokong UMNO sebab parti itu berhasil menyatukan pertubuhan orang-orang yang berselerak di seluruh Semenanjung selepas zaman Jepun. Kerana menggabungkan seluruh pertubuhan, parti politik, persatuan dan kelab orang Melayu itu, maka mereka menamakan gabungan besar ini sebagai PEKEMBAR.